Caption: SELAMAT HARI ESTER...Father Philip Mang sedang berjabat tangan dengan penganut Kristian yang menghadiri upacara sembahyang Hari Ester di Pantu kelmarin.
PANTU, Ahad (4 April) – Sekitar 200 orang penganut agama Kristian dari kawasan dari kecil Pantu, Sri Aman meraikan sambutan Hari Ester 2010 bertempat di Gereja Saint Stephen, Pantu pada pagi hari ini.
Kesemua 200 orang penganut agama Kristian di Pantu ini telah mula membanjiri kawasan gereja sekitar jam 7.30 pagi sebelum upacara sembahyang Hari Ester bermula pada jam 8 pagi di gereja berkenaan.
Father Philip Mang sambil dibantu oleh Sub Dicken Joseph Sayang, Sub Dicken Edwin Jawa, Lay Reader Gerunsin Entebang dan Lay Reader Munggu telah mengendalikan sesi sembahyang Ester berkenaan sehingga upacara terbabit tamat pada jam 9.45 pagi.
Menerusi upcara sembahyang bersempena dengan Hari Ester ini, para penganut agama Kristian telah menyanyikan sejumlah lima buah rangkap nyanyian pantu sambil mendengar khutbah mengenai Hari Ester dari dua rangkap bab Perjanjian Baru dan satu bab dari Perjanjian Lama dalam Kitab Injil.
Terdahulu musim sambutan Hari Ester dikalangan penganut agama Kristian di seluruh dunia telah bermula dari upacara Palm Sunday yang berlangsung pada hari Ahad minggu lepas.
Sambutan Hari Ester terbabit telah diteruskan lagi dengan ibadat berpuasa dikalangan penganut agama Kristian sebelum terbitnya matahari hingga jam 3 petang menerusi hari Good Friday pada hari Jumaat lepas.
Upacara sambutan Hari Ester diteruskan lagi menerusi upacara sembahyang Berjaga Malam Ester di Gereja Saint Stephen sebelum kemuncak sambutannya diadakan di gereja berkenaan hari ini.
Hari Ester merupakan hari bagi memperingati penyeksaan dan kematian Jesus Kristus dikalangan penganut agama Kristian di seluruh dunia pada setiap tahun.
Mengikut kepercayaan agama Kristian, Jesus dipercayai mati di kayu salib pada jam 3 petang hari Jumaat dan disemadikan di sebuah kubur batu. Bagaimanapun Jesus bangkit hidup semula pada hari ke-3 (Ahad) dan peristiwa ini menjadi asas kekuatan kepada kemunculan agama Kristian hingga sekarang.
Tamat.
Feel free to visit my news blog here also: newsriamannews.blogpsot.com
Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman
Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.
04 April, 2010
Sambutan Ester di Pantu meriah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nabi Isa a.s adalah salah seorang utusan Allah, seorang Nabi dan Rasul yang diutus menyeru dan membimbing Bani Israil. Nabi Isa tidak mati disalib sepertimana yang didakwakan. Nabi Isa telah diangkat ke langit. Baginda akan turun diakhir zaman yang merupakan salah satu tanda-tanda besar hari kiamat..
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen anda. setiap agama mempunyai kepercayaan mereka sendiri. Terpulang kepada imam kita samaada mahu percaya Jesus @ Isa mati atau tidak di kayu Salib.
ReplyDelete