Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 April, 2010

Sambutan hari pertama Pesta Benak belum meriah


Caption: BELUM MERIAH...Kelihatan beberapa orang pengunjung sedang meninjau gerai Bazaar Ria pada hari pertama sambutan Pesta Benak kelmarin.

SRI AMAN, Rabu (28 April) – Ratusan orang pengunjung membanjiri kawasan tapak penganjuran sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 bagi hari pertama sambutan pesta berkenaan mulai jam 8 pagi hari ini.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak mendapati bahawa majoriti pengunjung membanjiri kawasan Gerai Bazaar Ria yang menawarkan pelbagai produk makanan, kraftangan, aksesori dan pakaian menarik untuk pengunjung sempena sambutan Pesta Benak mulai hari ini hingga 2 Mei kelak.

Walaupun cuaca berkeadaan amat baik di bandar Sri Aman, sambutan hari pertama Pesta Benak Sri Aman 2010 belum lagi nampak kemeriahannya bermula waktu pagi hingga petang hari ini berdasarkan kepada faktor kerja dan waktu persekolahan anak-anak penduduk.

Rata-rata pengunjung yang membanjiri kawasan penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2010 ini adalah merupakan pengunjung luar dan penduduk luar bandar yang bukan bekerja di jabatan kerajaan dalam bandar ini.

Lagipun acara Regatta belum bermula secara rasminya pada hari ini memandangkan kesemua acara utama dalam Pertandingan Regatta sempena Pesta Benak Sri Aman 2010 akan mula melabuhkan tirai bermula 29 April hingga 2 Mei kelak di Sungai Batang Lupar Sri Aman.

Seorang pengunjung Warga Emas yang hanya dikenali sebagai Morgan dari Nyakai ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau hanya mahu menyaksikan pertandingan Regatta pada sambutan Pesta Benak hari ini.

“Saya fikir ia bermula hari ini. Namun setelah diberitahu oleh petugas Pesta Benak maka barulah saya sedar bahawa Pertandingan Regatta akan bermula secara rasminya pada hari Khamis.

“Tapi saya tidak kisah mengenai perkara ini. Terdapat banyak aktiviti yang berlangsung pada hari pertama sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 bersama anak-anak dan saudara mara saya,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Jack Jemat dari Betong berpendapat bahawa Bandar Sri Aman akan dibanjiri ribuan pengunjung pada hari Jumaat hingga Ahad ini berdasarkan kepada hari cuti umum dikalangan penduduk.

“Ini biasa berlaku. Apabila hari sambutan Pesta Benak jatuh pada hari cuti umum maka para pengunjung akan berpeluang membawa ahli keluarga dan sahabat handai masing-masing untuk menyaksikan pesta tersebut,” katanya.

Terdahulu sambutan bagi hari pertama penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2010 telah diserikan dengan sembilan buah aktiviti untuk semua pengunjung yang datang ke Bandar Sri Aman hari ini.

Antara aktiviti ini ialah Majlis Pelancaran Pesta Benak dan Stesen Pemerhatian Benak serta Pelancaran Buku Bergambar Sri Aman Mansang Maju, Jualan Beraneka (Bazaar Ria) dan Promosi Produk, Agensi Bersama Pelanggan, Uji Bakat Bintang Kecil, Bintang P.Ramli, dan Bintang Klasik, Pameran Benak dan Fotografi Benak, Pertandingan Shuffle, Demonstrasi Lumba Benak Berperahu, Wayang Pacak dan Pentas Budaya 1Malaysia.

Aktiviti utama iaitu Majlis Pelancaran Pesta Benak yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Mahmud pada jam 10.30 pagi menyaksikan Stesen Pemerhatian Benak bertukar nama kepada Taman Panorama Benak mulai hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment