Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2010

RTM dan ASNB Sri Aman anjur seminra perancangan kewangan 20 April ini

SRI AMAN, Khamis (15 April) - Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman dengan kerjasama Amanah Saham Nasional Bumiputera (ASNB) cawangan Sri Aman akan mengadakan Seminar Perancangan Kewangan 2010 pada 20 April ini.

Pengurus Stesen RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Abang Joh berkata Seminar Perancangan Kewangan 2010 yang akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari itu akan diadakan di Bilik Auditorium RTM Sri Aman.

"Seminar Perancangan Kewangan 2010 ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai ilmu perancangan kewangan yang betul dan tepat untuk kebaikan diri masing-masing.

"Menerusi seminar terbabit pihak kita dengan bantuan ASNB juga akan memberi taklimat terhadap semua peserta mengenai institusi atau tempat yang sah bagi tujuan pelaburan wang masing-masing selepas ini," katanya.

Selain itu penganjuran Seminar Perancangan Kewangan 2010 ini kata Sulaiman juga adalah merupakan salah satu aktiviti pengisian kursus bagi memenuhi kehendak Sasaran Kerja Tahunan (SKT) RTM pada setiap tahun.

"Setiap kakitangan RTM dikehendaki menghadiri kursus jabatan sebanyak lima kali setahun sepertimana yang termaktub dalam SKT bagi tahun ini.

"Oleh itu penganjuran Seminar Perancangan Kewangan 2010 ini akan membolehkan setiap kakitangan RTM Sri Aman mengisi jumlah kehadiran kursus jabatan masing-masing bagi tempoh tahun ini," katanya.

Seminar Perancangan Kewangan 2010 yang dihadkan penyertaannya kepada 50 peserta ini nanti kata Sulaiman juga akan membabitkan peserta yang terdiri daripada kakitangan RTM, Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas dari kawasan Sri Aman ini.

"Justeru kita berharap agar para peserta dapat berfikiran lebih positif dalam hal ehwal perancangan kewangan masing-masing selepas menghadiri Seminar Perancangan Kewangan 2010 ini nanti," katanya.

Tamat



No comments:

Post a Comment