Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 April, 2010

Bryna pemenang peraduan promosi petronas sri aman bulan Mac


Caption: BERTUAH...Bryna (tengah) sambil disaksi oleh Hamzah (dua kanan) dan Ahmad (kanan sekali) ketika memenangi peraduan berkenaan beserta pemenang yang lain.

SRI AMAN, Khamis (8 April) – Seorang pekerja swasta dari Bandar Sri Aman telah muncul sebagai pemenang bertuah menerusi Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman bagi bulan Mac di sini kelmarin.

Bernadine Bryna anak Matthew Junit, 25, menerusi promosi di Stesen Haji Hamzah, Stesen Khidmat Petronas Sri Aman terbabit telah membawa pulang hadiah berupa sebuah Komputer Riba (Laptop) berjenama HP.

Tujuh orang pelanggan bertuah juga turut mendapat hadiah berupa barangan hamper makanan ringan dan set tea menerusi Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman ini yang berakhir pada 31 Mac lalu.

Kesemua hadiah kepada para pemenang disampaikan sendiri oleh Pengurus Stesen Khidmat Petronas Sri Aman, Haji Hamzah Haji Hassan sambil disaksikan oleh penyelia stesen iaitu Ahmad Ngamidin pada majlis tersebut.

Terdahulu Hamzah ketika ditemui menjelaskan bahawa promosi terbabit telah diadakan di stesen berkenaan semenjak beliau mengambilalih pengurusan di situ pada bulan April lalu tahun lepas.

“Pihak kami akan mengadakan promosi terbabit setiap 45 hari sekali semenjak bulan April tahun lalu dan ia masih lagi diteruskan selepas ini.

“Setiap pelanggan yang membeli minyak bernilai RM20 ke atas layak menyertai Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman ini,” katanya.

Justeru Hamzah berharap agar Promosi Setempat Untuk Stesen Petronas Sri Aman dapat menarik kedatangan lebih ramai pengguna kenderaan untuk menggunakan khidmat di Stesen Petronas Sri Aman selepas ini.

“Saya juga menasihatkan peminat bolasepak dalam bandar ini untuk tidak melepaskan peluang bagi menyertai peraduan tajaan Petronas yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM100,000 bermula sekarang hingga bulan Jun depan.

“Semua penduduk layak menyertai peraduan yang diadakan bersempena dengan Kejohanan Bolasepak FIFA Piala Dunia pada tahun ini dengan belian minyak bernilai RM30 ke atas,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment