Caption:
1. TERIMALAH...Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji menyampaikan Buku Bergambar Sri Aman Mansang Maju kepada Taib sambil disaksikan oleh dif kehormat pada majlis itu hari ini.
2. TINJAU...Taib sedang meninjau pameran yang diadakan Taman Panorama Benak sambil diiringi oleh Uggah pada majlis itu.
3. MENARIK...Taib sedang menyaksikan persembahan kebudayaan sebaik sahaja tiba untuk merasmikan majlis itu hari ini.
4. INGIN TAHU...Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji sedang memberi penerangan kepada Taib mengenai Buku Sri Aman Mansang Maju ketika berlangsungnya majlis itu.
SRI AMAN, Rabu (28 April) – Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha transformasi pembangunan di mana-mana kawasan yang sering menjadi tumpuan orang luar yang mahu melihat budaya dan adat resam sesebuah kaum secara lebih dekat di situ selepas ini.
Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata ia merupakan salah satu pendekatan kerajaan untuk menaikkan lagi promosi budaya dan adat resam setiap kaum dalam negeri ini di masa akan datang.
“Kita akan memberi fokus terhadap usaha penyediaan kemudahan perhubungan dan infrastruktur terutama sekali jalan raya ke kawasan penempatan sesebuah kaum yang dilihat mudah untuk dihubungi oleh orang luar yang ingin melihat budaya dan adat resam mereka di situ selepas ini.
“Pendekatan yang kita gunakan sudah ada. Penganjuran Pesta Bidayuh, Pesta Kaul Mukah, Regatta Marudi dan Pesta Benak adalah merupakan contoh pendekatan yang kerajaan gunakan bagi mengangkat budaya dan adat resam semua kaum dikalangan orang luar pada masa sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Benak dan Stesen Pemerhatian Benak serta Pelancaran Buku Bergambar Sri Aman Mansang Maju bertempat di Stesen Pemerhatian Benak, Sri Aman hari ini.
Selain itu Bandar Sri Aman kata Taib juga dilihat kian maju dengan adanya peruntukan kewangan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam menaiktaraf kemudahan infrastruktur dan perhubungan di sini.
“Penduduk Sri Aman kini tidak lagi tinggal berasingan dengan adanya kemudahan jalan raya yang disalurkan ke penempatan mereka seperti di Lingga ditambahi pula dengan usaha naiktaraf kemudahan pelancongan, penginapan dan pertanian di sini pada masa sekarang.
“Justeru sambutan Pesta Benak ini misalnya dijangka akan menarik kedatangan 50,000 pengunjung di masa akan datang berbanding 20,000 pada masa kini. Ia semestinya memberi manfaat kepada 100,000 penduduk dalam Bahagian Sri Aman khasnya kepada 15,000 penduduk dalam Bandar Sri Aman selepas ini,” katanya.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk hajah Rohani Abdul Karim, para Menteri Muda Kabinet Kerajaan Negeri, para Ahli Dewan Undangan Negeri, para pegawai kerajaan, ketua kaum dan penduduk dalam bandar ini.
Terdahulu Taib telah merasmikan pelancaran Buku Bergambar Sri Aman Mansang Maju sebelum menyempurnakan simbolik perasmian Pesta Benak Sri Aman 2010 di Stesen Pemerhati Benak yang pada itu turut diumumkan dengan nama baru iaitu Taman Panorama Benak.
Tamat.

No comments:
Post a Comment