Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 April, 2010

Benteras keruntuhan akhlak dikalangan anak-anak, Wahbi




Caption:


1.PENGHARGAAN...Wahbi menerima cenderahati berbentuk gendang daripada Julaihi sambil disaksikan oleh Merawi dan Ahmad.


2.KAMI JUARA...Pasukan rumah Hijau bergambar kenangan sebaik sahaja tamat kejohanan terbabit.


DEBAK, Ahad (25 April) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi melahirkan rasa kecewa berhubung keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja pada masa sekarang.


Kes pembuangan bayi oleh seorang remaja perempuan di Kuching baru-baru ini katanya membuktikan bahawa remaja pada masa sekarang berdepan dengan masalah salahlaku moral yang cukup serius.


"Ini berita buruk buat kerajaan yang mahu membentuk golongan modal insan bermoral tinggi dikalangan golongan remaja kita untuk mengambilalih teraju pembangunan negara kita khususnya negeri Sarawak pada masa hadapan.


"Kita tidak mahu kes seperti itu (pembuangan bayi) menjadi ikutan remaja lain selepas ini. Justeru saya meminta semua pihak untuk turun padang bagi mengekang berlakunya kejadian seumpama itu selepas ini," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguhan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tui, Debak bertempat di Padang Sukan Kenyalang sekolah terbabit baru-baru ini.


Sementara itu Wahbi juga menasihatkan semua murid untuk mengamalkan sikap persaingan yang sihat di antara satu sama yang lain ketika mahu mencapai kejayaan dalam sesebuah bidang selepas ini.


"Dari segi akademik, para murid boleh bersaing secara sihat untuk mencapai kejayaan dengan saling bantu-membantu diantara satu sama lain ketika berlangsungnya sesi pembelajaran di kelas.


"Begitu juga dengan aktiviti sukan. Persaingan sihat antara para atlit membolehkan mereka sama-sama berasa puas dalam mencapai kejayaan matlamat masing-masing pada masa itu," katanya.


Hadir sama ialah Guru Besar SK Tui, Julaihi bin Haji Nu, yang Dipertua SK Tui, Debak, Merawi bin Ais, Penghulu Kampung Tui, Ahmad bin Ludin, para ketua kaum, para murid dan ibubapa di sini.


Beliau pada majlis itu telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk memperbaiki Dewan SK Tui dan RM5,000 untuk PIBG SK Tui.


Terdahulu pasukan Rumah Hijau muncul johan dalam temasya terbabit setelah berjaya memperoleh 13 pingat emas. Temasya yang berlangsung selama dua hari itu turut disertai oleh pasukan Rumah Merah, Rumah Kuning, Rumah Ungu, Rumah Oren, Rumah Putih, dan pasukan jemputan dari SK Bungin, SK Muton dan SK Pusa.


Tamat.

No comments:

Post a Comment