Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 September, 2009

Tangkal engkerabun dijual?

SRI AMAN, Isnin (14 Sept) - Tangkal Engkerabun yang sebelum ini dipercayai dapat mengelakkan terkena jangkitan wabak Influenza A atau H1N1 mula dijadikan sebagai sasaran untuk mengaut keuntungan di bandar ini.

Ia terbukti apabila terdapat pihak yang menjual tangkal hasil daripada mimpi seorang penduduk Lubok Antu itu dengan harga RM5 di Pasar Tamu, Sri Aman semenjak beberapa minggu yang lalu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu bahawa rakan guru saya dari sebuah sekolah di sini memberitahu bahawa dia membeli Tangkal Engkerabun ini di Pasar Tamu, Sri Aman dengan harga RM5 setangkal.

“Guru itu memberitahu saya bahawa satu lilit tangkal ‘Engkerabun’ dijual dengan harga RM5. Dia beli tiga kesemuanya maka harga keseluruhan ialah RM15,"menurut Helda anak Ijau, 28 dari Lubok Antu.

Sementara itu beliau percaya bahawa penggunaan ‘Engkerabun’ mula mendapat perhatian penduduk Sarawak dalam negeri ini dan Kuala Lumpur serta Sabah semenjak cerita itu tersiar dalam akhbar tempatan sebelum ini.

“Macam anak makcik saya yang mejadi guru di Kuala Lumpur dan saudara saya yang bekerja di Sabah meminta agar tangkal ‘Engkerabun’ itu dikirim kepada mereka kerana percaya ia boleh menghalang terkena penyakit HINI,” jelas beliau.

‘Engkerabun’ yang diperbuat dari benang merah bersamaan dengan tumbuhan ‘Lemba Kumang’ mula digunakan secara meluas oleh penduduk daerah Lubok Antu apabila seorang penduduk menerusi mimpinya mendakwa penggunaan tangkal berkenaan dapat mengelakkan diri dari terkena jangkitan wabak Influenza A atau H1N1.

Kemudian tumbuhan ‘Lemba Kumang’ dan benang merah terbabit kemudian dibentuk menjadi sebuah gelang yang kemudiannya dipakai pada bahagian pergelangan tangan individu terbabit sebagai cara menggunakan untuk menjauhi daripada dijangkiti penyakit itu.

Tamat….

No comments:

Post a Comment