
Caption: BAHAYA...Gambar menunjukkan orang ramai berada di lokasi kemalangan belakang lori terbabit sebaik sahaja berlaku kejadian berkenaan pagi semalam.
SRI AMAN, Jumaat (4 Sept) – Seorang lelaki hampir maut apabila motorsikal yang ditunggang olehnya merempuh belakang sebuah lori pengangkut ais menerusi kejadian yang berlaku di Jalan Main Bazaar pagi semalam.
Sebelum berlakunya kejadian kata sumber, lelaki berkenaan dikatakan sedang membeli belah di kawasan pasar di laluan jalan tersebut sebelum menunggang motorsikal menuju pulang ke arah Kampung Hulu, Sri Aman.
“Bagaimanapun ketika menunggang pulang ke arah Kampung Hulu, sebuah lori pengangkut ais yang kebetulan parkir di tepi Jalan Main Bazaar terbabit tiba-tiba bergerak keluar dari kawasan parkir.
“Kejadian ini menyebabkan lelaki berkenaan panik lalu bertindak melompat dari motorsikal sebelum berlakunya pelanggaran dari arah belakang lori berkenaan,” kata sumber.
Lelaki tersebut yang terselamat dalam kejadian tersebut kemudiannya dibantu oleh orang ramai yang berada berdekatan dengan kejadian kemalangan berkenaan.
Orang ramai yang berada di kawasan kemalangan berkenaan memberitahu lelaki terbabit mungkin berisiko mendapat kecederaan serius sekiranya tidak bertindak melompat dari motorsikal berkenaan.
Tamat.
No comments:
Post a Comment