Caption: SIBUK...Roslan (kiri sekali) bersama dengan pegawai KPDNKK lain ketika sedang memantau perlaksanaan SKH di Pasar Tamu Sri Aman hari ini.
SRI AMAN, Ahad (13 Sept) - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sri Aman telah melancarkan operasi pemeriksaan Skim Kawalan Harga (SKH) sempena Perayaan Hari Raya Puasa dikalangan peniaga dalam Bahagian Sri Aman dan Betong bermula hari. ini
Operasi pemeriksaan SKH yang berkuatkuasa pada hari ini hingga 27 September kelak telah melibatkan seramai 12 orang pegawai termasuk empat orang Pegawai Pemantau Harga yang diketuai oleh Ketua Cawangan KPDNKK Bahagian Sri Aman iaitu Wan Roslan Esmanto Wan Johari.
“Tujuan utamanya ialah untuk memastikan para peniaga atau peruncit dalam kawasan Sri Aman dan Betong untuk mematuhi SKH yang berkuatkuasa dari hari ini hingga 27 September nanti.
“Untuk itu para pegawai kami akan menjalankan tugas pemeriksaan mereka di bandar ini sebelum berkunjung ke Pekan Lubok Antu, Engkilili, Debak, Batu Lintang, Betong dan Saratok (hari ini),” menurut beliau ketika ditemui pemberita ketika berlangsungnya pemeriksaan di Pasar Tamu hari ini.
Selain itu katanya pihak KPDNKK Bahagian Sri Aman juga masih belum membuat sebarang tangkapan terhadap mana-mana peniaga yang bertindak melanggar peraturan SKH.
Bagaimanapun pihaknya menurut Roslan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan berupa kompaun terhadap mana-mana peniaga dan peruncit sekiranya mereka melanggar peraturan SKH itu.
“Mereka (peniaga) boleh dikenakan kompaun antara RM250 hingga RM7,500 jika disabitkan bersalah dibawah Sekyen 5 Akta Kawalan Harga 1946 berhubung pengenalan SKH ini.
“Saguyia diingatkan bahawa para pegawai KPDNKK akan melakukan pemeriksaan secara mengejut tanpa memakai sebarang pakaian seragam agar kehadiran mereka tidak dikesan oleh peniaga,” kata beliau.
Justeru Roslan mengingatkan para peniaga runcit di kawasan Sri Aman, Saratok, Betong dan Lubok Antu agar tidak menjual barangan terkawal terbabit melebihi harga maksimum syiling yang disenaraikan oleh dalam SKH.
Sebanyak 17 barangan terkawal mengikut harga maksimum (syiling) runcit telah disenaraikan dalam SKH terbabit.
Antaranya ialah Ayam Hidup, Ayam Standart, Ayam Super, Daging Lembu Tempatan, Daging Kerbau Import (India), Telur Ayam Gred A, B, C, Kubis Bulat Import (Indonesia dan China), Cili Merah, Tomato, Kelapa Parut, Ubi Kentang Import, Kacang Tanah Import, Bawang Merah Kecil (India) , Bawang Putih (China) dan Ikan Kembung (berat antara 8 hingga 11 ekor sekilogram).
Tamat….

No comments:
Post a Comment