Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

PPWS Sri Aman agih Bubur 1Malaysia

Caption: MARI RASA...Nur Khadijah (kiri) dan Saidah (kanan) ketika menyampaikan Bubur Pedas 1Malaysia kepada penduduk dalam bandar ini.

SRI AMAN, Ahad (6 Sept) – Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Sri Aman tampil untuk menyahut seruan 1Malaysia apabila berjaya menghasilkan sejumlah 250 bungkus bubur lambuk yang diberi nama sebagai Bubur Pedas 1Malaysia.

Usaha penghasilan Bubur Pedas 1Malaysia yang juga mendapat kerjasama daripada pihak PPWS Daerah Sri Aman ini telah pun diagihkan kepada penduduk menerusi majlis yang berlangsung di bangunan pentadbiran PPWS terbabit baru-baru ini.

Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Nur Khatijah Abdullah ketika ditemui berkata pengagihan Bubur Pedas 1Malaysia ini bertujuan untuk menyeramakkan lagi suasana sambutan Bulan Ramadhan dalam bulan ini.

“Selain itu ia juga merupakan salah satu aktiviti tahunan pihak PPWS Kawasan Sri Aman acapkali menjelangnya sambutan bulan puasa atau Ramadhan dalam bandar ini pada setiap tahun.

“Bagaimanapun pihak kami ingin mencipta kelainan pada tahun ini iaitu dengan menghasilkan Bubur Pedas 1Malaysia sejajar dengan penduduk dalam bandar ini yang mempunyai latar berlainan kaum dan agama,” menurut beliau.

Beliau juga merakamkan penghargaan terhadap penduduk tempatan dalam bandar ini kerana telah banyak memberi sokongan kepada PPWS Sri Aman dalam menjayakan pelbagai aktiviti persatuan berkenaan sebelumnya.

"Justeru diharap agar aktiviti murni seumpama ini dapat mengalakkan lebih banyak agensi kerajaan dan swasta untuk sama-sama melaksanakan pelbagai program demi memeriahkan suasana sambutan Bulan Ramadhan pada tahun ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis pengagihan bubur berkenaan ialah Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah Saibi dan para ahli persatuan yang lain.

Tamat.


No comments:

Post a Comment