Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 August, 2009

Penduduk Sri Aman sedia hadapi jerebu dan H1N1


Caption: LANGKAH AWAL...Kakitangan Hospital Sri Aman, Salleh Abu Kawi (tengah) sedang mengajar langkah penggunaan topeng penutup hidung dan mulut terhadap rakan-rakannya hari ini.

SRI AMAN, Jumaat (7 Ogos) – Kematian seorang wanita sarat mengandung dari Sri Aman yang disyaki menjadi mangsa terbaru jangkitan virus Influenza A atau H1N1 di Hospital Umum Sarawak pada pagi hari Khamis lalu ternyata mula menimbulkan keresahan dikalangan penduduk dalam bandar ini.

Walaupun kematian wanita terbabit belum pasti disebabkan oleh virus Influenza A, namun kebimbangan orang ramai terhadap penyakit tersebut mula ketara apabila sebilangan daripada mereka mula memakai topeng penutup hidup dan mulut semenjak tiga hari yang lalu.

Pemerhatian secara rambang oleh pihak Utusan Sarawak bermula awal pagi tadi mendapati sesetengah orang ramai mula menggunakan topeng hidung dan mulut ketika hendak turun berurusan di bandar ini.

“Berita mengenai kematian wanita berkenaan di akhbar hari ini sememangnya mengejutkan saya. Jika beliau disahkan mati kerana penyakit tersebut (H1N1) maka tiada sebab bagi penduduk di sini untuk tidak mendapatkan topeng penutup hidung dan mulut di farmasi atau klinik yang berdekatan,” menurut Pele Julius, 31 tahun.

Menurut beliau, wabah H1N1 itu tidak seharusnya dipandang remeh oleh orang ramai dalam bandar ini walaupun penyakit tersebut hanya meragut satu nyawa di Miri baru-baru ini.

“Dunia gempar kerana penyakit ini. Justeru H1N1 adalah merupakan satu penyakit yang amat serius dan kita semua haruslah sentiasa mengetahui langkah mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit tersebut dari masa ke semasa,” katanya.

Bagi Simon Elison Lingoh, 19, langkah penggunaan topeng penutup mulut dan hidung bukan sahaja releven untuk melindungi diri dari jangkitan H1N1 malah sesuai digunakan untuk menghadapi jerebu pada masa sekarang.

Penggunaan topeng penutup mulut dan hidung pada waktu sekarang menurut beliau dianggap ideal dan tidak seharusnya dianggap sebagai perbuatan melucukan bermula dari waktu sekarang.

“Ada orang yang janggal melihat orang lain memakai topeng ini. Namun tindakan itu adalah disebabkan untuk melindungi kesihatan diri daripada jangkitan H1N1 atau jerebu..tiada apa yang mahu dimalukan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment