Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 August, 2009

Kem ‘You Can Score A! In PMR, SPM & STPM’ libat 166 pelajar


Caption: TAHNIAH...Abdul Rahman menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik kategori SPM sambil disaksikan oleh Penolong Penyelia UPPK, John Nuing Usang ketika berlangsungnya program baru-baru ini.


original Pix n source by Lucy Teo.

Thanks a' lot!

SRI AMAN, Selasa (18 Ogos) – Seramai 166 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah dalam daerah Sri Aman telah menghadiri Kem ‘You Can Score A! In PMR, SPM & STPM’ yang berlangsung di sebuah hotel dalam bandar ini bermula 14 hingga 16 Ogos lalu.

Menerusi e-mail yang diterima hari ini, kem berkenaan adalah merupakan anjuran Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (UPPK), Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman untuk pelajar-pelajar asrama dari semua sekolah menengah di dalam daerah Sri Aman ini.

Kem ‘You Can Score A! In PMR, SPM & STPM’ mendedahkan para peserta iaitu pelajar terhadap persediaan yang harus mereka lakukan supaya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2009.

Para peserta telah dipisahkan di tiga tempat yang berlainan mengikut kategori masing-masing (PMR, SPM, STPM) mengisi slot-slot percambahan ilmu yang dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman serta dijemput khas untuk memberikan bimbingan mengenai teknik menjawab soalan dalam peperiksaan itu nanti.

“Objektifnya ialah untuk meningkatkan kefahaman para pelajar tentang teknik menjawab soalan bagi beberapa mata pelajaran penting seperti Matematik, English, Bahasa Malaysia dan Pengajian Am.

“Kem ini juga melatih mereka untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dari segi fizikal, mental dan emosi disamping mendedahkan mereka kepada hala tuju selepas menghadiri peperiksaan PMR, SPM dan STPM,” menurut kenyataan berkenaan.

Untuk menjayakan kem ini beberapa latihan kumpulan juga diadakan demi memperkasakan minda para peserta dan membantu memahami diri masing-masing dengan lebih mendalam lagi disamping penghayatan diri menerusi slot ceramah motivasi.

Terdahulu majlis penangguhan rasmi kem ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Haji Abdul Rahman bin Haji Muhiyuddin.

Beliau menasihatkan para peserta supaya berusaha bersungguh-sungguh dan menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik kerana tahap kejayaan seseorang pelajar dinilai berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan awam.

Tiga orang peserta terbaik telah dipilih mengikut kategori masing-masing. Di akhir kem ini, para peserta telah berpendapat bahawa kem ini banyak menyumbang ilmu serta kemahiran yang berfaedah terhadap diri masing-masing dan seterusnya berharap agar kem seumpama itu dijalankan semula pada tahun hadapan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment