Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 August, 2009

Album Kompilasi Golden Pearl kini berada di pasaran


Caption: TERBARU...Album kompilasi Koleksi Golden Pearl yang membariskan enam orang artis rakaman popular syarikat terbabit kini sudah pun berada di pasaran.

- 9 Ogos


Artis rakaman Iban sensasi dari syarikat Golden Pearl, Jennarino Jeraki menyeru pihak berkuasa terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk lebih serius dalam menangani gejala cetak rompak yang masih berleluasa di negeri ini.

Menurut beliau tindakan sesetengah pihak yang mengambil ‘untung atas angin’ selama ini nyata menjejaskan pendapatan para artis, komposer lagu dan pengusaha industri muzik Iban tempatan sebelumnya.

“Pihak KPDNHEP memang ada bekerja selama ini. Bagaimanapun apa yang saya minta sekarang ialah agar pihak terbabit mengadakan operasi pemantauan yang lebih kerap ke atas premis penjualan VCD di seluruh negeri atau negara ini dari masa ke semasa.

“Gejala cetak rompak harus dipandang serius oleh semua pihak. Individu yang bergantung sepenuhnya terhadap industri ini untuk menjana sumber pendapatan utama akan menerima kesan paling teruk berhubung masalah berkenaan,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak semalam.

Terdahulu syarikat Golden Pearl telah tampil dengan sebuah album kompilasi terbaru yang telah pun berada di pasaran seluruh negeri ini pada penghujung bulan Julai lalu yang diberi judul Koleksi Golden Pearl.

Album kompilasi ini menurut Jeraki menampilkan enam orang artis rakaman sensasi di negeri ini iaitu beliau sendiri, Jenny Tan, Betty Bawing, Maxwell Franklin Saran, Timoti dan Lakuang Ading.

Menerusi rentak muzik campur, Dangdut, Joget dan Slow Rock, album Golden Pearl ini yang turut mendapat sentuhan gitar dari Naen Legacy ini menurut beliau menampilkan 10 buah lagu.

Antaranya ialah Kempang Ngeludah Ari Belakang, Janda Peraja Mata, Ka Kini Aku Ngiga Sulu, Joget Enggai Nimbak Guyap, Bulan Nyadi Saksi Pengerindu Tua, Punek Semalam, Sulu Dikerindu, Badu Ngeragau Pengidup Aku, Semadi Dah Terlanjur dan Enda Ulih Terbayar Ka Budi.

“Saya menyanyikan Janda Pejara Mata dan Badu Ngeragau Pengidup Aku dalam album ini manakala Jenny Tan serta Betty Bawin pula menyanyikan lagu Ka Kini Ku Ngiga Sulu dan Bulan Nyadi Saksi Pengerindu Tua.

“Lagu Kempang Ngeludah Ari Belakang dan Sulu Dikerindu (duet bersama Betty) dinyanyikan oleh Maxwell dan Timoti pula menyanyikan lagu Joget Enggai Nimbak Guyap serta Enda Ulih Terbayar Ke Budi manakala lagu Punek Semalam serta Semadi Udah Terlanjur dibawa oleh Lakuang Ading,” katanya.

Justeru Jeraki berharap agar peminat lagu Iban tempatan tidak membeli album kompilasi koleksi Golden Pearl yang cetak rompak demi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap industri terbabit di negeri ini.

“Perkembangan lanjut mengenai Golden Pearl juga boleh dilayari menerusi blog kami yang beralamat di http://www.goldenpearlrecordingstudio.blogspot.com/,” tambah beliau lagi.

Tamat.


No comments:

Post a Comment