Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2009

Krisis air di Saratok - loji air di Roban dan Kabong akan dibuka kata Awang




Caption:

1.TINJAU...Awang Tengah (tiga kiri) sedang meninjau keadaan Loji Perawatan Air Nanga Lichok hari ini. Turut kelihatan ialah Jelaing (kiri sekali) dan Wahab Aziz (kanan sekali).

2. KERING...Beginilah keadaan Sungai Lichok yang mula kering disebabkan oleh musim kemarau di negeri ini.

SARATOK, Khamis (13 Ogos) – Kerajaan akan membuka kembali operasi dua buah loji air di kawasan Kabong dan Roban bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang melanda penduduk dari daerah Saratok semenjak lapan hari lalu.

Menteri Pengurusan dan Perancangan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hasan berkata pembukaan semula operasi kedua-dua loji air berkenaan amat penting bagi menampung keperluan bekalan air penduduk Saratok yang sebelum ini disalurkan oleh Loji Perawatan Air Nanga Lichok di situ.

“Loji Perawatan Air Nanga Lichok kini menghasilkan sejumlah 8.2 juta liter air sehari (MLD) berbanding keperluan maksimunnya berjumlah 12 juta liter air sehari sebelum bermulanya musim kemarau.

“Bagaimanapun air Sungai Lichok, yang menjadi sumber utama saluran air ke Loji Perawatan Air Nanga Lichok itu kini sudah menurun ke paras dua kaki dan dijangka hanya bertahan mulai tiga hari dari sekarang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Loji Perawatan Air Nanga Lichok, Saratok hari ini.

Disamping pembukaan kembali dua buah loji berkenaan, kerajaan juga menurut Awang akan cuba menyalurkan bekalan air dari kawasan Sibu dan Betong ke Saratok bagi menampung keperluan penduduk di situ.

Buat sementara waktu katanya, pihak kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong bersama beberapa buah pihak perseorangan, syarikat dan Angkatan Tentera Malaysia kini sedang berusaha menghantar bekalan air ke penduduk di daerah Saratok ini.

“Justeru saya menasihatkan penduduk di kawasan daerah Saratok untuk mendapatkan bekalan air masing-masing dari kawasan Betong sebelum masalah kekurangan air di sini dapat dipulihkan kembali menerusi pembukaan semula kedua-dua loji air di Roban dan Kabong,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Abdul Wahad Aziz, Pegawai Daerah Saratok, Daniel Supit dan Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Betong, Richard Tajar.

Tamat.

No comments:

Post a Comment