Caption: BERTENAGA...Penyanyi kumpulan Bujang Senang, Awang Kelana sedang mempersembahkan lagu ketika berlangsungnya sesi raptai di pentas Pesta Ria malam tadi.
SRI AMAN, Jumaat (7 Ogos) – Sejumlah 10 buah kumpulan mengesahkan penyertaan masing-masing dalam Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 yang bakal melabuhkan tirainya di Pesta Ria Sri Aman bermula malam ini hingga 8 Ogos kelak.
Pertandingan ini yang merupakan anjuran Pesta Ria Sri Aman dengan kerjasama syarikat Rock Steady Event Management ini mempertengahkan kumpulan Daliner’z, Snaz Band, Horse 88, Double SE, Emergancy Band, Bujang Senang, The Radio Shop, Inspirasi dan sebuah lagi kumpulan tempatan dari Sri Aman.
Jurucakap penganjur Mohd Hadi dan Izam ketika ditemui berkata Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 yang akan berlangsung di pentas Pesta Ria Sri Aman itu dibuka penyertaannya kepada semua kumpulan pemuzik dari seluruh negeri Sarawak.
Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 menurut mereka adalah merupakan satu platform bagi semua kumpulan pemuzik dalam negeri ini untuk mengukur kemampuan sebenarnya mereka dalam bidang muzik terbabit.
“Kumpulan pemuzik boleh mengetahui hala tuju sebenar masing-masing dalam bidang muzik menerusi pertandingan Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini nanti,” menurut Mohd Hadi.
Setiap kumpulan yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini katanya diwajibkan untuk mempersembahkan dua buah lagu bebas kecuali untuk genre muzik Underground dan Metal (tidak dibenarkan).
“Juara bagi Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500, piala dan sijil manakala pemenang tempat ke-2 dan ke-3 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 dan RM150 juga beserta piala dan sijil penyertaan,” katanya.
Untuk memantapkan persembahan masing-masing menjelang saringan Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 malam ini, setiap kumpulan telah diberi peluang untuk menjalani sesi raptai di pentas sambutan Pesta Ria Sri Aman bermula dari jam 7 hingga 11 malam tadi.
Juara Pertandingan Battle Of The Band Kategori Bebas 2009 ini juga tambah beliau berpeluang untuk membuat rakaman ‘demo’ di syarikat Rock Steady Studio.
Tamat.

No comments:
Post a Comment