Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 August, 2009

Nenek lari dari rumah tak puas hati tengok si datuk minum Ijok

SRI AMAN, Rabu (5 Ogos) – Seorang wanita warga emas dari sebuah perkampungan dalam daerah ini bertindak lari dari rumah setelah bertengkar dengan suaminya dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 malam tadi.

Sebelum berlakunya kejadian kata sumber, si suami telah dijemput oleh beberapa orang saudara dan rakannya untuk meminum minuman keras jenis Ijok di rumah panjang berhampiran pada jam 6 petang.

Si isteri yang ketika itu baru pulang dari kebun telah mendapati tahu bahawa suaminya pergi ke rumah panjang berhampiran untuk meminum minuman Ijok setelah dimaklumkan oleh cucu lelakinya di rumah.

“Si isteri yang sedang berang kemudian bergegas ke rumah panjang tersebut dan terus memarahi suaminya kerana masih mengamalkan tabiat meminum minuman keras walaupun pernah dilarang berbuat demikian sebelum ini.

“Kami mendapat tahu bahawa suami kepada wanita warga emas berkenaan pernah mengidap penyakit Darah Tinggi sebelum ini dan menjadi sebab utama si isteri bertindak melarang suaminya mengamalkan tabiat buruknya di rumah panjang itu,” kata sumber.

Si suami yang merasa aib dimarahi oleh si isteri di hadapan saudara serta rakannya itu kemudiannya bertindak memaki wanita warga emas tersebut di rumah panjang berkenaan.

Tindakbalas si suami kata sumber menyebabkan wanita warga emas berkenaan terus pulang ke rumah dan mengemas pakaiannya sebelum bertindak meninggalkan kediamannya sekitar jam 9 malam tadi.

“Mungkin wanita warga emas berkenaan hilang sabar apabila mendapat tahu suaminya masih mengamalkan tabiat meminum minuman keras walaupun pernah mengidap penyakit Darah Tinggi sebelum ini.

“Bagaimanapun tindakan wanita warga emas itu mungkin tidak kena pada masanya. Beliau perlu menasihatkan suami secara baik dan bukan memarahinya dihadapan semua sanak-saudara beliau sendiri di rumah panjang berkenaan,” kata sumber.

Wanita warga emas tersebut belum lagi pulang ke rumah sehingga berita ini ditulis walaupun cucu lelaki dan suaminya masih mencari di beberapa buah rumah panjang yang berhampiran.

Tamat.

No comments:

Post a Comment