Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 May, 2010

Rohani harap LPP lebarkan sayap ke Sarawak

SRI AMAN, Khamis (6 Mei) – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) diharap agar dapat melebarkan lagi sayap operasinya ke Sarawak dalam usaha membantu membangunkan sektor pertanian dalam negeri ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim berkata kemasukan LPP ke Sarawak dilihat mampu menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada para petani tempatan selepas ini.
“Sebenarya hasrat mengenai kemasukan LPP ke Sarawak telah dikemukakan oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib sebelum lembaga berkenaan dapat memulakan operasinya di sini.
“Lagipun apabila kementerian kami melihat bahawa LPP banyak menyalurkan bantuan kepada para petani maka amat kerugian sekiranya pihak terbabit tidak kita jemput (bawa) ke Sarawak,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja menyempurnakan Majlis Penyerahan Jentera Penuai Padi di Kampung Stumbin, Sri Aman baru-baru ini.
Selain itu Rohani juga yakin bahawa LPP mampu membuat perancangan yang lebih rapi dalam memantapkan hubungan pembangunan pertanian dalam negeri ini jika ia dapat beroperasi sepenuhnya di Sarawak.
“Kelebihannya ialah LPP mempunyai salah program utama iaitu kejenteraan ladang. Mereka kini sudah beroperasi sepenuhnya di semua negeri dalam Malaysia kecuali di Sarawak.
“Justeru saya berharap agar LPP dapat segera memulakan operasinya di sini demi memacu industri pertanian moden dan perladangan dalam negeri Sarawak khususnya di kawasan Batang Lupar selepas ini,” menurut beliau.
Sementara itu Rohani pada majlis tersebut telah mengumumkan perlaksanaan Program Mekanisasi Ladang bagi Pertubuhan Peladang Kawasan (PKK) Batang Lupar dengan bantuan bernilai RM4 juta.
Jumlah tersebut termasuklah projek pembangunan Pusat Perkhidmatan Kejenteraan Ladang selain daripada untuk membina 10 buah Pusat Gunasama Jentera Ladang dan Peralatan Pertanian.
Selain itu bantuan ini juga turut merngkumi Geran Pemadanan bagi 32 orang ahli PKK Batang Lupar yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM38,837. Rohani pada majli itu juga turut menyerahkan tiga buah Jentuai Padi kepada Pertubuhan Peladang Kawasan, PPK Batang Lupar.
Tamat.

1 comment:

  1. Bila wujudnya cawangan LPP di Sarawak diharap dapat membantu petani kebun kecil bergerak secara berkumpulan tanpa halangan birokrasi dan kekangan dana seperti yang kita alami kini. kini kebanyakan pembangunan pertanian lebih kepada yang berskala besar dan secara tidak langsung meminggirkan golongan petani/pekebun kecil yang pada anggapan amat ketinggalan berbanding petani/pekebun kecil di Semenanjung.

    ReplyDelete