Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 May, 2010

Program Senaman Hujung Minggu di Betong meriah


Caption: UNTUK KESIHATAN...Para peserta sedang bersenam ketika berlangsungnya Program Senamrobik Untuk Komuniti Hujung Minggu di Gelanggang Sukan Kampung Hilir, Betong.

BETONG, Rabu (5 Mei) – Seramai 50 orang penduduk mengambil bahagian dalam Program Senamrobik Untuk Komuniti Hujung Minggu anjuran Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Betong di sini baru-baru ini.

Dengan bertemakan Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan bersatu, program yang berlangsung di Gelanggang Sukan Kampung Hilir Betong ini nyata mendapat sambutan yang memberansangkan daripada penduduk setempat.

Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong, Mohd Fitri Mansor berkata Program Senamrobik Untuk Komuniti Hujung Minggu ini merupakan yang ke-4 daripada 60 buah program yang bakal diadakan untuk sepanjang tahun ini di Betong.

“Saya percaya lebih ramai penduduk di Betong akan menyertai Program Senamrobik Untuk Komuniti Hujung Minggu ini sekiranya publisiti mengenai program terbabit dihebahkan kepada mereka.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya pihak kami berasa berpuashati dengan sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk dalam program berkenaan. Justeru diharap akan lebih ramai penduduk di Betong hadir pada program berkenaan selepas ini,” menurut beliau.

Selain itu beliau juga turut menambah bahawa Gelanggang Sukan Kampung Hilir Betong itu kini masih lagi dalam fasa akhir penilaian oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Betong.

Gelanggang Sukan Kampung Hilir Betong menurut beliau akan diserah dan digunakan secara rasminya oleh semua penduduk apabila fasa akhir penilaian terhadap kemudahan gelanggang siap sepenuhnya kelak.

“Diharap agar Gelanggang Sukan Kampung Hilir Betong ini akan dapat mengalak penyertaan lebih ramai penduduk terutama sekali golongan belia dalam aktiviti sukan dan riadah selepas ini,” menurut beliau.

Terdahulu Program Senamrobik Untuk Komuniti Hujung Minggu yang dikendalikan oleh fasilitator senamrobik iaitu Abang Ahmad bin Abang Shubeli itu telah berlangsung selama sejam iaitu dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment