Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 May, 2010

Pertahankan adat - Nyalau


Caption: TAHNIAH...Nyalau (kanan) dan Rayong (kiri) ketika bergambar kenangan dengan pemenang Pertandingan Kumang pada majlis itu baru-baru ini.

ENGKILILI, Selasa (11 Mei) – Orang Dayak harus mengekalkan adat resam dan budaya mereka sendiri lebih-lebih lagi ketika menjelang sambutan Perayaan Gawai Dayak pada 1 Mei kelak.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata orang bukan Dayak terutama sekali pelancong asing akan menilai ketulenan budaya dan adat resam kaum Dayak di negeri ini ketika menjelang sambutan Hari Gawai berkenaan.

“Kita tidak boleh selit budaya yang bukan milik kaum kita semenjak turun temurun ketika menjelang perayaan Gawai Dayak kerana tindakan ini akan menimbulkan tanda tanya dikalangan pelancong asing.

“Pamerkan keaslian budaya dan adat resam kaum kita (Dayak) menjelang perayaan Gawai Dayak ini nanti agar orang luar akan terus mengkagumi identiti kaum kita selaku salah satu kaum pribumi dalam negeri Sarawak hingga masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Pra Gawai Skim Skrang 2010 bersempena dengan Pertandingan Kumang anjuran Biro Wanita Skim Skrang di Balai Raya Skim Skrang baru-baru ini.

Selain itu Nyalau juga mahu agar budaya dan adat resam kaum Dayak ini dipelajari oleh keturunan generasi yang seterusnya demi membolehkan budaya dan adat resam mereka terus bertahan untuk tempoh 50 hingga 100 tahun seterusnya.

“Tanggungjawab seumpama ini amat memerlukan cabaran yang tinggi memandangkan golongan generasi muda pada zaman sekarang lebih terdedah kepada penularan budaya luar berbanding budaya kaum mereka sendiri.

“Juster saya harap agar lebih ramai pihak terutama sekali persatuan dan JKKK untuk lebih aktif dalam melaksana program bercorak kebudayaan di kawasan masing-masing demi menarik minat orang muda dalam aktiviti kebudayaan dan adat resam mereka selepas ini,” katanya.

Dalam majlis itu Nyalau telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada Biro Wanita Skim Skrang.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, para kakitangan kerajaan dan ketua ketua dari sekitar kawasan Engkilili.

Majlis diserikan dengan Pekit Kumang yang diadakan bersempena majlis itu. Elizabet Janie anak Silai muncul juara dan sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100 dan piala.

Dua orang lagi peserta iaitu Marchella Lambong anak Mawan pula muncul naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM80 beserta piala manakala pemenang tempat ke-3 iaitu Dorothy Gloria anak David Tanjong membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50 serta piala.

Tamat.

No comments:

Post a Comment