Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 May, 2010

PERKEP Sri Aman lawat hospital


Slug: PERKEPLawat + pic 07.05.10

Capton: UNTUK ALBUM...Rohana (tengah) ketika bersama DSP Jusoh (tiga dari kanan) dan pegawai kanan polis serta ahli PERKEP pada sesi lawatan terbabit kelmarin.

SRI AMAN, Jumaat (7 Mei) – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman telah mengadakan lawatan khas ke wad pesakit di Hospital Bahagian Sri Aman kelmarin.

Rombongan PERKEP IPD Sri Aman yang disertai seramai 30 orang ahli termasuk pegawai kanan polis IPD Sri Aman itu telah memulakan lawatan khas mereka ke Hospital Bahagian Sri Aman pada jam 12 tengahari hingga 12.30 tengahari.

Pengerusinya Rohana Ismawi ketika ditemui menjelaskan bahawa tujuan lawatan ke Hospital Bahagian Sri Aman berkenaan diadakan adalah untuk meraikan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 yang diadakan di negara ini.

“PERKEP IPD Sri Aman mengambil kesempatan ini untuk mengadakan lawatan ke wad kanak-kanak dan wad orang dewasa yang terdapat di Hospital Bahagian Sri Aman sempena sambutan Peringatan Hari Polis.

“Dengan adanya lawatan seumpama ini maka diharapkan agar peringatan Hari Polis Ke-203 dapat disambut dengan lebih bermakna dikalangan isteri polis dan kakitangan IPD Sri Aman selepas ini,” menurut beliau.

Selain itu lawatan terbabit menurut Rohana juga sekaligus dapat merapatkan lagi hubungan diantara orang awam dan keluarga anggota polis yang berkhidmat di IPD Sri Aman pada masa akan datang.

Malahan lawatan ke hospital terbabit kata beliau juga dapat mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim antara pihak polis dan orang awam yang menetap di kawasan daerah Sri Aman.

Terdahulu lawatan pihak PERKEP IPD Sri Aman ke Hospital Bahagian Sri Aman ini turut disertai oleh Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh bin Muhammad bersama para pegawai kanan polis IPD Sri Aman yang lain.

Tamat.


No comments:

Post a Comment