Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 May, 2010

Orang Dayak jangan suka palau sangat - Nyalau


Caption: IKHLAS...Nyalau (kiri) ketika menerima cenderamata daripada Tr Berandah pada majlis tersebut.

Oleh Edwin Raoh,

Utusan Borneo Sri Aman


LUBOK ANTU, Rabu (12 Mei) – Orang Dayak dinasihat agar tidak mengamalkan tabiat pengambilan arak secara berlebihan ketika waktu lapang mahupun pada perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau anak Badak berkata pengurangan pengambilan arak secara berlebihan bukan sahaja boleh menjamin kesihatan diri mereka malahan membantu menstabilkan bajet keluarga yang lebih seimbang.

“Saya bukan berniat untuk mengalakkan mereka untuk terus berhenti minum (arak) sebaliknya mengurangkan tabiat terbabit secara beransur-ansur dari masa ke semasa mulai sekarang.

“Arak tidak baik untuk kesihatan dan perbelanjaan keluarga. Justeru bertindak mengurangkan tabiat meminum arak akan dapat membantu mereka mempertingkatkan taraf kesihatan dan bajet keluarga selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sivik Silaturahim dan Majlis Dialog 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Lubok Antu di Rumah Berandah, Nanga Bengap di sini, Sabtu lalu.

Sementara itu Nyalau juga menasihatkan rakyat dalam negeri ini khasnya di kawasan Lubok Antu agar tidak melayan kehadiran pihak pembangkang yang akan cuba memujuk penduduk untuk berjuang bersama mereka selepas ini.

“Pihak terbabit akan mencuba pelbagai cara untuk memikat hati penduduk dengan menabur janji-janji kosong untuk mereka khas sekali yang menetap dalam kawasan pendalaman di sini.

“Itu janji kosong yang tak akan dapat mereka tunaikan selepas pilihan raya. Justeru jika pihak pembangkang datang ke tempat tinggal anda maka sila tolak kehadiran mereka,” menurut beliau.

Dalam majlis itu Nyalau telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada JKKK Nanga Bengap manakala RM5,000 kepada biro wanita rumah panjang terbabit.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Lubok Antu, James Roselly anak Robert Resa, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment