Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2010

Kukuhkah perpaduan - Masir


Caption: TAHNIAH...Masir sedang menyampaikan hadiah kepada Florence Briku sambil disaksikan oleh Roselyn pada majlis berkenaan.

SRI AMAN, Ahad (23 Mei) – Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dalam negeri ini nyata berjaya diwujudkan apabila orang Cina, Melayu dan Dayak khasnya masih dapat meraikan perayaan utama masing-masing secara bersama sehingga sekarang.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat berkata contohnya boleh dilihat apabila tiga kaum utama ini sering kunjung-mengunjungi rakan berlainan kaum ketika berlangsungnya perayaan masing-masing pada setiap tahun.

“Ia disemarakkan lagi dengan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha untuk memantapkan lagi hubungan perpaduan antara penduduk berbilang kaum dalam negara ini khasnya di Sarawak.

“Hubungan perpaduan seperti ini harus diutamakan. Justeru adalah amat penting bagi semua penduduk berbilang kaum dalam negeri ini untuk menghargai nikmat keamanan yang mereka peroleh semenjak Sarawak menyertai persekutuan Malaysia pada tahun 1963 dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2010 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu hubungan perpaduan yang utuh dikalangan penduduk berbilang kaum kata Masir juga turut menyumbang kepada kestabilan politik dalam negara ini khususnya bagi negeri Sarawak dari masa ke semasa.

“Sebab itulah Sarawak mencapai tahap kemajuan memberansangkan pada masa sekarang hasil dari kestabilan politik yang lahir dari semangat perpaduan yang tinggi dikalangan penduduk dalam negeri kita.

“Oleh itu saya meminta semua pihak untuk turun padang bagi sama-sama menjayakan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia dikalangan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini di masa akan datang,” katanya.

Masir telah mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 bagi tahun 2011 kepada SIDS cawangan Sri Aman pada majlis itu.

Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2010 yang dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis turut dihadiri oleh Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan, Penasihat SIDS cawangan Sri Aman, Dora Landong dan Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas.

Tamat.


No comments:

Post a Comment