Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 May, 2010

30 peserta hadiri Bengkel Muzik di Saratok


Caption: UNTUK ALBUM...Ranggin dan Nazim (duduk tengah) ketika bergambar kenangan bersama tetamu jemputan dan peserta bengkel terbabit.


SARATOK, Rabu (19 Mei) – Seramai 30 orang peserta menghadiri Bengkel Muzik Tradisional Peringkat Daerah Betong di Saratok anjuran Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak baru-baru ini.


Penganjuran Bengkel Muzik Tradisional Peringkat Daerah Betong yang turut mendapat kerjasama Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) Bahagian Betong berkenaan telah berlangsung di Dewan Masyarakat Saratok.


Bengkel Muzik Tradisional yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan untuk memelihara warisan seni kebudayaan kaum dalam negeri dikalangan anak-anak muda pada zaman sekarang.


“Ia julungkalinya diadakan di Saratok. Warisan seni setiap kaum dalam negeri ini harus dipelihara dikalangan anak muda kita agar ia tidak lupus ditelan zaman pada masa akan datang.


“Justeru diharapkan agar Bengkel Muzik Tradisional Peringkat Daerah Betong ini dapat memastikan kesinambungan warisan seni dan budaya kaum kita dikalangan anak-anak muda selepas ini,” kata Pegawai Penguasa PPSU Bahagian Betong, Easkandar Nazim Haji Mohd Eastern.


Semua peserta menerusi Bengkel Muzik Tradisional ini katanya telah diberikan pendedahan awal tentang fungsi dan jenis alatan muzik tradisional milik setiap kaum dalam negeri ini.


Sambil dikendalikan oleh pemuzik KPSU, para peserta kata Nazim telah memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan penting tentang cara mengendalikan alatan muzik tradisional terbabit selepas itu.


“Paling penting ialah kerajaan mahu anak-anak muda kita menaruh minat terhadap penggunaan alatan muzik tradisional berkenaan sebelum menyebarkan ilmu terbabit kepada lain-lain penduduk di kawasan masing-masing.


“Dengan adanya langkah seumpama ini kita yakin bahawa penggunaan alatan muzik tradisional dikalangan anak-anak muda khususnya di Bahagian Betong akan diperkembangkan lagi di masa akan datang,” katanya.


Majlis Perasmian Bengkel Muzik Tradisional Peringkat Daerah Betong ini telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Daerah Saratok iaitu Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Ranggin.


Tamat.


No comments:

Post a Comment