Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2010

25 penduduk sertai Fun Fly di Betong


Caption: TENGOK LAH 'BELON' KAMI...Para peminat Fun Fly ketika menunjukkan pesawat ringan masing-masing menerusi program terbabit.

BETONG, Sabtu (22 Mei) – Seramai 25 orang penduduk mengambil bahagian dalam aktiviti Fun Fly anjuran Bahagian Sukan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak baru-baru ini.


Aktiviti Fun Fly yang turut dikendali oleh Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) Bahagian Betong ini telah berlangsung selama tiga hari itu telah diadakan di kawasan perkarangan State Junction, Betong.


Pegawai Penguasa PPSU Bahagian Betong, Easkandar Nazim Haji Mohd Eastern ketika ditemui berkata Fun Fly adalah merupakan aktiviti penerbangan pesawat ringan dan kecil yang mula diminati oleh golongan belia pada masa sekarang.


“Aktiviti Fun Fly ini menjadi trend dan ikutan oleh para belia yang meminati aktviti penerbangan pesawat kecil dan ringan seperti pesawat helikopter, pesawat jenis foker dan pelbagai lagi.


“Atas sebab pihak KPSU bersama PPSU Betong telah menganjurkan aktiviti berkenaan yang melibatkan penyertaan seramai 16 orang peserta dari Kuching, empat peserta dari Saratok dan lima peserta dari Betong,” katanya.


Penganjuran Fun Fly ini juga kata beliau secara tidak langsung akan dapat mewujudkan golongan belia yang berpotensi tinggi dan berinovatif dalam bidang automobil penerbangan pesawat kecil dan ringan dalam seluruh negeri Sarawak khasnya di Bahagian Betong.


Malahan aktiviti ini kata Nazim sekaligus dapat menguji kecergasan minda serta kepandaian peserta dalam mengawal pergerakan pesawat mereka semasa membuat penerbangan atau menurukan pesawat.


“Selain berkongsi ilmu dan bakat, para peserta juga dapat mengetahui tentang alatan,cara pemasangan dan pembaikan setiap jenis pesawat ringan yang mereka ada. Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan dan interaksi di kalangan peminat pesawat kecil dan ringan selepas ini,” katanya.


Beliau juga menambah aktiviti Fun Fly juga dapat melahirkan golongan belia yang berfikiran tinggi dan berwawasan dalam menceburi arena automobil penerbangan pesawat kecil dan ringan pada masa akan datang.


Tamat.


No comments:

Post a Comment