Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 May, 2010

200 penduduk Kampung Baru Hulu Betong ikut Bengkel Fardhu Ain




Caption:

1. SERIUS...Ustaz Haji Salahuddin bin Marzuki ketika menyampaikan ceramah pada bengkel berkenaan.

2. MANFAAT...Penduduk Kampung Baru Hulu Betong ketika sedang mendengar maklumat yang disampaikan menerusi ceramah pada bengkel berkenaan.

oleh Wan Helmi

BETONG, Rabu (12 Mei) – Seramai 200 orang penduduk Kampung Baru Hulu Betong melibatkan diri dalam Bengkel Pemantapan Ilmu Fardu Ain di Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong baru-baru ini.

Bengkel Pemantapan Ilmu Fardu Ain yang bermula dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang itu adalah merupakan anjuran Jabatan Agama Islam (JAIS) Bahagian Betong dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Taqwa kampung berkenaan.

Jurucakap penganjur ketika ditemui berkata Bengkel Pemantapan Ilmu Fardu Ain ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan memperhalusi ilmu agama dikalangan penduduk beragama Islam di kampung terbabit.

“Bengkel Pemantapan Ilmu Fardu Ain ini juga turut mendidik cara-cara yang betul untuk menunaikan kehendak dan ajaran agama Islam dikalangan penduduk Kampung Baru Hulu Betong.

“Justeru diharap agar penduduk Kampung Baru Hulu Betong dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang mereka peroleh menerusi Bengkel Pemantapan Ilmu Fardu Ain terbabit selepas ini,” katanya.

Terdahulu program ini dimulakan dengan sesi ceramah pertama bertajuk Pengenalan Kepada Munakahat dan Undang-Undang Keluarga Islam yang disampaikan oleh Pegawai JAIS Bahagian Betong iaitu Ustaza Hazimin Shakir bin Said.

Bengkel kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi ceramah kedua bertajuk Tajwid yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Naqib iaitu Ustaz Haji Salahuddin bin Marzuki Al Hafiz.

Sesi ceramah ketiga bertajuk Asas Ibadah bagi Bengkel Pemantapan Ilmu Fardu Ain pula telah disampaikan oleh Ustaz Aswat bin Osen. Penduduk juga pada bengkel turut diberi peluang untuk mengajukan soalan kepada para penceramah.

Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmad bin Wan Chee telah diberi penghormatan untuk merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Ilmu Fardu Ain di surau berkenaan pada jam 4.30 petang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment