Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

SK Munggu Bringin anjur kem pengawas dan ketua darjah


Caption: SERONOK...Lucy Chou sedang memerhatikan para peserta melakukan aktiviti kumpulan ketika berlangsungnya Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 di SK Munggu Bringgin kelmarin.

PANTU, Sabtu - Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringin, Pantu telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 bertempat di sekolah terbabit kelmarin.

Program yang dikelolakan oleh Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dari SMK Saint Luke (GCBKSM), Lucy Chou Mee Hong ini membabitkan para pengawas dan ketua darjah dari sekolah itu sendiri selain penglibatan 16 orang pengawas dan ketua darjah dari SK Selanjan, Pantu.

Lucy ketika ditemui menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk memastikan para pengawas dan ketua darjah mampu melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi selepas ini.

"Pengawas dan ketua darjah merupakan sekumpulan pelajar yang dipilih khas untuk membantu pihak sekolah mengawas dan menjaga disiplin lain-lain pelajar di sekolah sepanjang masa.

"Oleh itu satu program dianjur demi melahirkan para pengawas dan ketua darjah yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan seterusnya melengkapi diri mereka dengan kemahiran yang perlukan semasa menjalankan tugas harian masing-masing di sekolah," katanya.

Bagi menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 ini pihaknya telah mengadakan latihan dalam kumpulan (LDK), team building, nyanyian, permainan dan pembentangan.

"Kem Kepimpinan Pengawas dan Ketua Darjah 2010 ini merupakan adalah lanjutan daripada “Projek Sekolah Angkat 2010” yang mana SK Munggu Bringin telah dipilih untuk tujuan projek berkenaan.

"Maka itu diharap agar program SMK Saint Luke ini dapat mempertingkatkan perstasi akademik dan kepimpinan kesemua para peserta yang terlibat di masa akan datang. Semoga ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment