Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 April, 2010

262 gerai Bazaar Ria mulai operasi malam ini.


Caption: UMUM...Jack (kanan) dan Piau (kiri) ketika ditemui pemberita pada sidang media di sini hari ini.

SRI AMAN, Isnin (26 April) - Sejumlah 262 buah gerai akan memulakan operasi masing-masing pada aktiviti Bazaar Ria Benak (pameran agensi dan jualan beraneka) bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 bermula 28 April hingga 2 Mei nanti ini.

Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Jack Aman anak Luat berkata aktiviti Bazaar Ria Benak sempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 ini akan diadakan di sepanjang Jalan Main Bazaar hingga Jalan Astana dan sepanjang Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman.

"262 buah gerai terbabit telah berdaftar dengan pihak kami (MDSA). Bagaimanapun pihak kami menjangka penglibatan sejumlah 300 buah gerai dalam aktiviti Bazaar Ria Benak berpandukan kepada pihak yang bakal menumpang pada gerai berdaftar menerusi aktiviti itu nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita pada sidang media berhubung Pertandingan Regatta Pesta Benak Sri Aman 2010 yang turut dihadiri oleh Walikota Sri Aman, Piau Inggot bertempat di Bilik Setiausaha MDSA hari ini.

Selain kesemua kesemua 262 buah gerai aktiviti Bazaar Ria Benak ini kata Jack telah dikenakan bayaran sebanyak RM200 untuk tempoh operasi selama lima hari iaitu bermula 28 April hingga 2 Mei nanti ini.

Bagaimanapun dijangka sebahagian daripada peniaga Bazaar Ria Benak ini kelak bakal memulakan operasi masing-masing pada malam 27 April ini nanti sebelum aktiviti Bazaar Ria Benak bermula secara rasminya pada pagi 28 April kelak.

"Selain pameran agensi, aktiviti Bazaar Ria Benak bakal menawarkan aktiviti jual beli makanan, minuman, pakaian, perkakasan elektrik, produk kraftangan dan sebagainya kepada pengunjung Pesta Benak Sri Aman 2010 ini kelak.

"Justeru saya menasihatkan semua peniaga dan pengunjung untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan Bandar Sri Aman ketika berlangsungnya Pesta Benak ini nanti," katanya sambil menambah pihaknya telah pun menganjurkan gotong-royong bagi membersihkan kawasan yang terlibat untuk tujuan itu.

Jack pada sidang media itu juga turut menambah bahawa pihaknya bakal membuka kawasan parkir kenderaan di kawasan tanah lapang berdekatan Rumah MAKSAK (Jalan Kolam Air), Pasar Tamu dan Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia untuk mengurangkan masalah kesesakan trafik ketika berlangsungnya Pesta Benak ini nanti.

Tamat.



No comments:

Post a Comment