Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 September, 2009

Pesta Bulan Hantu di Kejatau


















Caption: INGIN CUBA...Penyelia Pemasaran Utusan Sarawak Sri Aman, Zulia Haji Jemat berjalan di bara api berkenaan ketika berlangsungnya upacara itu di Jalan Michael Pilo baru-baru ini.


SRI AMAN, Isnin (14 Sept) - Kawasan Jalan Michael Pilo, Sri Aman menjadi tumpuan ratusan penduduk pada malam kelmarin apabila berlangsungnya upacara membuang sial bersempena dengan sambutan Pesta Bulan Hantu oleh penduduk kaum Cina tahun ini.

Utusan Sarawak yang berkesempatan menyaksikan upacara yang bermula jam 9.30 malam itu mendapati bahawa penduduk kaum Cina yang mahu membuang sial dalam diri masing-masing akan berjalan di atas bara api sepanjang 24 kaki di situ.

Upacara kerohanian yang disempurnakan oleh seorang wanita bernama Siu Lan juga turut berlangsung pada Pesta Bulan Hantu berkenaan dimana beliau dianggap 'tetamu terhormat' untuk memohon restu daripada dewa.

"Jika mengikut kepercayaan dalam kalendar orang Cina, bulan September adalah merupakan tempoh hantu berkeliaran dan dianggap tidak baik untuk kaum kami.

"Justeru, penganut Dewa Cii Kung telah mengadakan upacara yang diadakan bersempena Pesta Bulan Hantu di Jalan Kejatau ini bagi membuang sial dikalangan penduduk kaum Cina di sini," kata seorang penduduk yang hadir pada upacara terbabit.

Beliau juga menambah bahawa setiap penduduk yang telah berjalan di atas bara api terbabit tidak dibenarkan mandi dalam tempoh dua jam demi tidak melanggar pantang larang upacara terbabit.

"Bagaimanapun upacara yang diadakan di sini boleh diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh berlangsungnya sambutan Pesta Bulan Hantu ini mengikut tempoh kalendar orang Cina," kata penduduk berkenaan.

Tamat.






No comments:

Post a Comment