Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2009

Pertandingan karaoke kpg tengah, betong 23 hingga 24 sept ini

SRI AMAN, Ahad (13 Sept) – Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tengah Betong akan menganjurkan Pertandingan Karaoke Pentas Aidil Fitri 2009 bertempat di Gelanggang Badminton, Kampung Tengah Betong bermula 23 dan 24 September ini pada jam 8.00 malam

Pengerusi penganjur pertandingan itu, Sarip Liam berkata tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi sambutan suasana perayaan sempena Aidil Fitri 2009 kelak.

“Malahan pertandingan ini sekaligus mampu mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan penduduk warga Kampung Tengah, Betong,” katanya.

Pertandingan Karaoke Pentas Aidil Fitri 2009 pada 23 dan 24 September itu nanti menurut beliau akan mempertengahkan dua buah kategori iaitu kategori Terbuka dan kategori Veteran.

“Menerusi bayaran penyertaan sebanyak RM5 seorang setiap peserta peserta diwajibkan menyampaikan lagu berkonsepkan hari raya ketika berlangsungnya pertandingan karaoke itu nanti.

“Peserta yang memperoleh kedudukan johan hingga tempat ke-3 akan mendapat hadiah berupa wang tunai dan hamper manakala pemenang tempat ke-4 serta ke-5 masing-masing menerima hamper serta sijil,” menurut Sarip.

Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada jam 5 petang, 22 September ini dan mereka yang berminat boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-8167362 atau Abang Saifuddin Abang Zaini menerusi talian 0198644100.

Pertandingan Karaoke Pentas Aidil Fitri 2009 ini dijangka akan dirasmikan oleh Penghulu Kampung Melayu Betong iaitu Haji Abang Zawawie Abang Rajit .

Tamat….

No comments:

Post a Comment