Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 September, 2009

Pembatalan Pesta Benak - Komen penduduk




Mugshot:

DONNY...Keputusan terbaik
RIZAL...Tidak wajib

SRI AMAN, Jumaat (11 Sept) – Penduduk di bandar Sri Aman terpaksa akur terhadap keputusan untuk membatalkan penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2009 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada pertengahan bulan Oktober ini.

Terdahulu Jawatankuasa Induk Penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2009 menerusi kenyataan media pada Selasa lepas memaklumkan pembatalan pesta itu berhubung masalah jerebu dan penularan wabak Influenza A atau H1N1.

“Amat sayang Pesta Benak dibatalkan pada tahun ini. Bagaimanapun ia mungkin keputusan terbaik oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan berlakunya penularan wabak H1N1 dikalangan penduduk selepas ini.

“Lagipun keadaan jerebu di Sri Aman mungkin tidak mengizinkan kita mendedahkan diri terlalu lama di kawasan lapang kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan badan masing-masing selepas itu,” menurut Donny anak Jangan, 22.

Mohd Rizal Mohd Salleh, 28, pula berpendapat bahawa tidak perlu diadakan Pesta Benak pada tahun ini memandangkan sudah berlangsungnya Karnival Pesta Ikan Bulu di sini sebelumnya.

Beliau berpendapat bahawa penganjuran Pesta Benak tidak ‘wajib’ untuk tahun ini memandangkan penganjuran sesebuah pesta di bandar Sri Aman memerlukan kos penganjuran yang besar.

“Pesta Ikan Bulu dan Pesta Ikan Tapah sudah pun dianjurkan di daerah Sri Aman pada tahun ini. Justeru bagi saya tidak perlulah diadakan Pesta Benak untuk tahun ini memandangkan kos penganjurannya adalah besar.

“Mungkin tahun depan adalah giliran untuk kerajaan menganjurkan Pesta Benak di bandar ini manakala Pesta Batang Ai pula di Lubok Antu,” menurut beliau.

Bagaimanapun Rizal mengakui bahawa Pesta Benak tidak perlu diadakan pada tahun ini memandangkan penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia pada masa sekarang.

“Sekarang pun saya lihat tidak ramai penduduk di sini yang memakai penutup hidung dan mulut apatah lagi jika mereka berhimpun beramai-ramai jikalau berlangsungnya pesta itu nanti,” katanya.

Tamat.



No comments:

Post a Comment