Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 September, 2009

Lori terbabas di simpang Pantu

PANTU, Ahad (6 Sept) – Sebuah lori pengangkut barang terbabas ke kawasan longkang berdekatan dengan simpang jalan menuju ke Pekan Pantu, Sri Aman dalam kejadian kemalangan yang dipercayai berlaku sekitar awal pagi semalam.
Menurut sumber, lori pengangkut barang yang dipandu oleh dua orang lelaki itu dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Kuching dari arah Sri Aman sebelum berlakunya kejadian tersebut.
“Ketika hendak menghampiri kawasan simpang menuju ke Pekan Pantu tersebut, lelaki terbabit dipercayai telah hilang kawalan terhadap lori yang dipandu olehnya sehingga kenderaan berkenaan terbabas ke kawasan longkang di bahagian kanan jalan.
“Kedua-dua lelaki yang berada di dalam lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat kemalangan terbabit,” kata sumber sambil menambah bahawa sebuah lagi lori datang untuk menunda lori malang terbabit keluar dari kawasan longkang berkenaan menjelang jam 9 pagi.
Bagaimanapun kemalangan tersebut telah menyebabkan beberapa paip utama milik penduduk dari kampung dalam kawasan Pantu berkenaan rosak apabil lori terbabit merempuh paip tersebut menerusi kemalangan itu.
Kerosakan paip utama bekalan air kepada beberapa buah perkampungan penduduk dalam kawasan Pantu itu kemudiannya diperbaiki segera oleh kontraktor yang bertanggungjawab.

Tamat.

No comments:

Post a Comment