Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 September, 2009

Kelab Setia SMK Melugu dan Jabatan penerangan Sri Aman anjur majlis berbuka puasa


Caption: LAPAR LAH...(bermula dua dari kiri) Charles, Haji Hussien dan Abdul Latif bersama kakitangan penerangan dan guru SMK Melugu ketika menunggu waktu berbuka puasa di sini petang semalam.

SRI AMAN, Jumaat (11 Sept) – Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Bahagian Sri Aman / Betong telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 2009 dengan kerjasama Kelab Setia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini petang semalam.

Majlis berbuka puasa yang disertai oleh 22 orang ahli Kelab Setia SMK Melugu dan 10 orang pegawai kerajaan beserta dengan pegawai dan guru sekolah terbabit ini telah pun bermula pada jam 6.37 petang.

Penyelaras program ini, Salleh Immun ketika ditemui berkata tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan pegawai penerangan dan ahli Kelab Setia sekolah berkenaan.

“Selain itu program ini juga bertujuan untuk bersuai kenal dengan para guru dan ahli kelab terbabit lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya sambutan Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Justeru diharapkan agar majlis ini dapat diteruskan pada tahun akan datang demi mewujudkan hubungan kerjasama yang erat di antara Jabatan Penerangan dan SMK Melugu selepas ini,” katanya.

Salleh juga menambah bahawa program anjuran kelab setia dan jabatan penerangan terbabit hanya dianjurkan di SMK Melugu pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun pihak jabatan penerangan pada tahun ini menurut beliau telah mengambil inisiatif untuk membawa ahli-ahli kelab ini untuk menganjurkan program hasil kerjasama pihak mereka di luar kawasan sekolah.

“Kita mahu memberi pendedahan kepada pelajar ini terhadap dunia luar memandangkan majoriti ahli kelab setia itu merupakan pelajar asrama sekolah berkenaan,” tambah beliau.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Charles Sigat Asson, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Abdul Latip Shamshuddin, Pengetua SMK Melugu, Haji Hussein Fauzi, Guru Penyelaras Kelab Setia SMK Melugu, Naqsyuwandi Jeraie dan guru SMK Melugu yang lain.

Tamat.


No comments:

Post a Comment