Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 September, 2009

JTS anjur majlis sembahyang tarawih


Caption: TEKUN...Para hadiri sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain ketika berlangsungnya majlis itu malam tadi.

SRI AMAN, Khamis (3 Sept) – Suasana sambutan Bulan Ramadhan di bandar Sri Aman telah diserikan dengan penganjuran Majlis Sembahyang Tarawih sempena Bulan Ramadhan bertempat di Surau Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman malam tadi.

Jurucakap penganjur majlis memberitahu, Majlis Sembahyang Tarawih ini disertai oleh 60 kakitangan JTS Sri Aman bersama dengan penduduk dari Kampung Hilir dan Kampung Muhibbah Sri Aman.

“Tujuan utamanya ialah untuk mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim dikalangan kakitangan JTS Sri Aman yang hadir pada Majlis Sembahyang Tarawih sempena Bulan Ramadhan malam tadi.

“Malahan menerusi majlis ini juga kakitangan JTS Sri Aman berpeluang untuk sama-sama mengerjakan ibadat sembahyang bersama penduduk kampung yang hadir pada majlis itu,” katanya.

Majlis Sembahyang Tarawih ini katanya telah dimulakan terlebih dahulu dengan mengerjakan ibadat sembahyang Magrib bermula jam 7 hingga jam 7.20 petang di Surau JTS Sri Aman berkenaan.

Sebaik sahaja selesai mengerjakan ibadat sembahyang berkenaan, kesemua hadirin ini menurut beliau kemudiannya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain selama 20 minit pada majlis berkenaan.

“Sebaik sahaja selesai sesi ceramah ini, kesemua hadirin kemudiannya mengerjakan ibadat sembahyang Ishak sebelum kesemua mereka memulakan ibadat sembahyang Tarawih selepas itu.

“Kesemua para hadirin kemudiannya dijemput untuk bersama-sama menikmati jamuan makan malam yang disediakan pada majlis itu pada jam 8.30 malam sebelum kesemua mereka bersurai,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment