Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 September, 2009

Jadi pengundi masa umur 21 tahun - Mong




Caption:

1.UNTUK ALBUM...Mong (tengah) sedang merakamkan gambar bersama kakitangan MDSA dan ketua kaum di hadapan tong sampah yang disumbang oleh MDSA pada program itu hari ini.

2.KENANGAN...Mong (kiri) menerima cenderamata daripada Tr Baha (kanan) sambil disaksikan oleh Jimmy Chong (tengah) ketika berlangsungnya majlis hari ini.

LINGGA, Khamis (10 Sept) – Sikap tidak serius golongan muda untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi pilihan raya ternyata amat membimbangkan buat masa sekarang demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Mong anak Dagang.

Ini kerana kata beliau masa depan pembangunan sesebuah kawasan dalam negeri ini bergantung sepenuhnya kepada sikap serius golongan anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah mencecah umur 21 tahun.

“Anak muda pada masa sekarang rata-ratanya berasa malas untuk pergi ke pejabat pos yang berhampiran bagi mendaftarkan diri masing-masing sebagai pengundi pilihan raya.

“Golongan ini perlu menentukan untung nasib hidup masa depan mereka dengan menentukan wakil rakyat dalam kawasan masing-masing menerusi kuasa undi yang terletak di tangan mereka ketika berlangsungnya pilihan raya di sini,” katanya.

Mong berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai merasmikan Program Gotong-Royong Kebersihan dan Anti Denggi anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bertempat di Rumah Baha Biran, Lunchong Tanjung Bijat, Lingga, Sri Aman hari ini.

Untuk menyedarkan peranan penting golongan muda dalam menentukan masa depan pembangunan kawasan masing-masing, ketua kaum menurut beliau perlu turun padang untuk mengalakkan golongan anak muda berdaftar sebagai pengundi sekiranya umur mereka sudah mencapai 21 tahun.

Penglibatan golongan muda dalam proses pilihan raya kata Mong secara tidak langsung mampu mengubah nasib pembangunan penduduk di dalam kawasan masing-masing pada masa akan datang.

Terdahulu Mong pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM7,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Baha Biran, Luchong.

Hadir sama ialah wakil Walikota MDSA, Kanselor Jimmy Chong, Pegawai Penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bagi kawasan Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi, para kakitangan MDSA dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Mong selepas majlis itu telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara menanam pokok di perkarangan rumah panjang terbabit sebelum menghadiri sesi bergambar beramai-ramai bersama para hadirin yang lain.

Tamat.



No comments:

Post a Comment