Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 September, 2009

BERNAS sumbang 100 kg beras pada masjid kampung muhibbah


Caption: IKHLAS...Julai (kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada Haji Masra (kanan) sambil disaksikan oleh kakitangan BERNAS dan ahli jawatankuasa Masjid Darul Syarikin hari ini.

SRI AMAN, Rabu (9 Sept) - Jabatan Pengurusan Skim Padi Beras National Berhad (BERNAS) cawangan Sri Aman telah menyumbang sebanyak 100 kilogram beras kepada Jawatankuasa Masjid Darul Syarikin, Kampung Muhibbah hari ini.

Kesemua 100 kilogram beras terbabit telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif BERNAS cawangan Sri Aman iaitu Douglas Julai Abas kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Darul Syarikin, Haji Wan Masra Tku Udin menerusi majlis yang berlangsung di masjid berkenaan pada jam 10 pagi.

Julai menerusi ucapan ringkasnya kepada para hadirin menyatakan bahawa sumbangan beras ini bertujuan untuk menjayakan Program Khatamal Al-Quran 1431H yang bakal berlangsung di Masjid Darul Syarikin pada 16 September ini.

“Malahan sumbangan ini juga merupakan salah satu program kebajikan yang dilaksanakan oleh BERNAS cawangan Sri Aman pada setiap tahun.

“Sumbangan 100 kilogram beras daripada pihak BERNAS cawangan Sri Aman ini diharap agar dapat menyokong usaha pihak jawatankuasa Masjid Darul Syarikin untuk menjayakan program Khatamal Al-Quran pada tarikh itu nanti,” katanya.

Justeru Julai pada ucapan ringkasnya itu berharap agar pihak jawatankuasa Masjid Darul Syarikin dapat memanfaatkan sepenuhnya sumbangan beras terbabit selepas ini.

Terdahulu pihak Jabatan Agama Islam dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Masjid Darul Syarikin menganjurkan Program Khatamal Al-Quran pada 16 September ini.

Turut sama dianjurkan pada tarikh itu ialah Program Safari Ramadhan 2009 dan Majlis Berbuka Puasa, Solat Sunat Tarawih / Witir bertempat di Masjid Darul Syarikin pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Tamat.


No comments:

Post a Comment