Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 September, 2009

80 sertai Kem Belia Ramadhan di Masjid Bandar


Caption: KHUSYUK...Sebahagian daripada peserta ketika mengambil bahagian dalam Kem Belia Ramadhan 1430H bertempat di Masjid Bandar Sri Aman baru-baru ini. Foto:ZULIA HAJI JEMAT

SRI AMAN, Selasa (15 Sept) – Rakan Masjid Bandar Sri Aman telah menganjurkan Kem Belia Ramadhan 1430H bertempat di Masjid Bandar Sri Aman bermula dari 11 hingga 13 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman, Haji Mustapha Salleh ketika dihubungi berkata Kem Belia Ramadhan itu telah melibatkan penyertaan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada penceramah dan ahli Rakan Masjid Bandar Sri Aman itu sendiri.

“Objektif utamanya adalah untuk mengumpul para belia Islam untuk mendalami agama Islam ketika berlangsungnya sambutan Bulan Ramadhan pada tahun ini.

“Pihak kita menerusi kem ini mahu memantap dan mempertingkatkan pengetahuan para peserta terhadap pengetahuan agama Islam khususnya tentang Ibadah Puasa,” menurut beliau.

Selain itu Kem Belia Ramadhan 1430H ini menurut beliau juga bertujuan untuk mengimarahkan masjid dan menjadikannya sebagai ‘Islamic Centre’ atau Pusat Islamiyah dalam bandar ini.

“Malahan program ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menyertai forum bagi menambah ilmu, mencambah fikiran / minda serta pengalaman dalam diri masing-masing.

“Kumpulan sasaran untuk Kem Belia Ramadhan 1430H ialah ahli Rakan Masjid Bandar Sri Aman, peserta Tadarus Al-Quran Masjid Bandar Sri Aman, belia serta remaja Islam dalam bandar ini dan peserta jemputan dari sekolah menengah dalam bandar ini,” katanya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim telah merasmikan Kem Belia Ramadhan 1430H ini Masjid Bandar Sri Aman pada 11 September lalu.

Tamat.


No comments:

Post a Comment