Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2009

Syafiq dari Saint Luke dinobat sebagai Tokoh PPDA Peringkat Kebangsaan 2009


Caption: TAHNIAH...Lucy (kiri) bersama Syafiq (kanan) ketika menunjukkan anugerah yang telah diperolehi olehnya di Selangor baru-baru ini.


SRI AMAN, Jumaat (14 Ogos) – Mohd Syafiq Shazwan bin Isa dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke, Sri Aman telah dipilih sebagai Tokoh Kolokium Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan 2009.


Beliau terpilih sebagai Tokoh Kolokium PPDA Peringkat Kebangsaan 2009 ini menerusi sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor bermula dari 3 hingga 6 Ogos lepas.


Guru PPDa SMK Saint Luke, Lucy Chu Mee Hong menerusi mail kepada Utusan Sarawak hari ini menjelaskan bahawa Syafiq terpilih untuk anugerah tokoh terbabit berdasarkan pencapaian aktif beliau persatuan anti-dadah di peringkat sekolah dan negeri sebelum ini.


“Beliau sebelum ini juga pernah dipilih sebagai peserta terbaik dalam Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES) Peringkat Negeri yang berlangsung di Sri Aman pada tahun 2007.


“ Syafiq juga merupakan seorang ahli SLAD (Skim Lencana Anti Dadah) dan Sahabat PPDa-PETRONAS yang sangat aktif di sekolah tersebut disamping mewakili sekolah serta bahagian Sri Aman dalam beberapa program PPDa dalam masa beberapa tahun ini,” menurut beliau.


Selain itu kata Lucy, Syafiq juga turut melibatkan diri secara aktif dalam penubuhan dan pengurusan Bilik Sumber PPDa di SMK Saint Luke, Sri Aman dimana sekolah berkenaan pernah mewakili negeri Sarawak ke Pertandingan Pengurusan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan pada tahun 2007 dan 2008.


Terdahulu Kolokium PPDa merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menolak gejala negatif bermula di peringkat sekolah rendah.


Disamping itu ia juga dapat memupuk semangat kesedaran yang mantap disamping menjadi pengisian program PPDa yang menggalakkan penglibatan kerjasama murid dan guru daripada pelbagai kaum yang ada di negara ini.


Tamat.

No comments:

Post a Comment