Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 August, 2009

Pendidikan anak-anak perlu seimbang - Snowdan


Caption: MANFAATKAN...Snowdan (kiri) menyampaikan cek kepada Guru Besar SK Padang Pedalai iaitu Baharim bin Daud (kanan) sambil disaksikan oleh tetamu undangan khas ketika berlangsung majlis baru-baru ini.

SIMUNJAN, Isnin (17 Ogos) – Kerajaan mahu melihat setiap pasangan atau keluarga di negara ini melahirkan kanak-kanak yang matang dari segi emosi, berkeyakinan dan mempunyai tahap komunikasi yang tinggi sebagai langkah untuk mewujudkan golongan Anak Permata Negara pada masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan anak Donald Lawan berkata adalah tidak sukar untuk melahirkan seorang kanak-kanak yang mempunyai kriteria tersebut daripada sebuah keluarga sekiranya usaha dan kerjasama diberikan oleh semua pihak.

“Menerusi usaha melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dan berkualiti ia secara tidak langsung akan menjadikan Malaysia antara negara termaju di dunia menjelang tahun 2020 kelak atau selepasnya.

“Matlamat untuk melahirkan kanak-kanak terbilang bukan saja dari sudut akademik tetapi turut melibatkan kegemilangan dari segi aspek kematangan emosi dan saya percaya tidak mustahil konsep ini akan tercapai yang seterusnya memberi banyak manfaat kepada negara selepas ini,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Program Motivasi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pedalai dalam daerah kecil Simunjan, Samarahan baru-baru ini.

Selain itu pendidikan yang seimbang dalam bidang agama dan akademik menurut Snowdan harus diberikan kepada anak-anak kerana ia bukan sahaja dapat mewujudkan kecemerlangan pendidikan malahan kecemerlangan akhlak anak-anak itu sendiri.

“Kanak-kanak berumur bawah enam tahun contohnya berhak menerima pendidikan awal yang sempurna bagi memastikan mereka membangun sebagai insan berguna.

“Lagi pun pendidikan awal yang berkualiti mampu mencorakkan masa depan kanak-kanak melalui pemikiran bernas, kematangan dan nilai-nilai keagamaan yang murni,” katanya.

Justeru Snowdan mahu ibubapa lebih serius memberikan pendidikan yang seimbang dalam diri anak-anak memandangkan negara akan maju secara sia-sia jika penduduknya tidak berdisiplin dan tidak mengamalkan sikap menghormat-hormati di antara satu sama lain.

Beliau pada majlis itu telah menyampaikan cek peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM4,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru SK Padang Pedalai manakala RM2,000 kepada Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Zon Pedalai.

Bengkel Program Motivasi Peperiksaan UPSR ini turut dijayakan menerusi penglibatan empat buah sekolah rendah yang berhampiran dengan SK Padang Pedalai.
Tamat.

No comments:

Post a Comment