Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 August, 2009

Lebih 5,000 pengunjung banjiri Pesta Ikan Buntal Betong 2009




Caption:

MERIAH...Para pengunjung sedang membanjiri kawasan Gerai Jualan Beraneka yang diadakan bersempena dengan Sambutan Pesta Ikan Buntal Betong 2009 di Kampung Manggut, Spaoh hari ini.

SPAOH, Selasa (18 Ogos) – Sambutan Pesta Ikan Buntal Betong 2009 yang bakal berakhir esok (19 Ogos) di Kampung Mangut, Spaoh dalam bahagian Betong ternyata berjaya menarik tumpuan lebih 5,000 orang pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk daerah dalam negeri ini.

Pelbagai acara menarik diadakan ketika bermulanya sambutan Pesta Ikan Buntal Betong semalam antaranya ialah Pameran dan Pasar Tani, Pertandingan Pangkah Gasing, Sukan dan Permainan, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Menangkap Ikan Buntal, Pertandingan dan Demonstrasi Memasak Ikan Buntal, Gerai Jualan Beraneka dan Pameran.

Turut juga berlangsung pada pesta berkenaan ialah pertandingan bola sepak, perlawanan bola sepak (VIP), persembahan hiburan dan Program Pentarama oleh Jabatan Penerangan Betong selaku acara penutupan rasmi pesta berkenaan malam ini.

Tinjauan Utusan Sarawak hari ini mendapati bahawa suasana sambutan hari pertama dan kedua Pesta Ikan Buntal Betong 2009 adalah meriah pada waktu pagi hingga petang disebabkan oleh faktor cuaca cerah ketika berlangsungnya temasya terbabit.

Kawasan aktiviti Jualan Gerai Beraneka menjadi tumpuan utama pengunjung yang ingin membeli pelbagai jenis produk barangan dan makanan disamping mencuba beberapa permainan menarik menerusi penganjuran aktiviti ini.

Lagipun ada juga sebilangan pengunjung yang membanjiri kawasan Jeti dan Dermaga Kampung Mangut bagi menyaksikan acara pertandingan lumba bot yang berlangsung di Sungai Batang Saribas bersebelahan kampung tersebut

Salah seorang pengunjung, Mohammad Syukrie, 34, ketika ditemui Utusan Sarawak berpendapat bahawa penganjuran Pesta Ikan Buntal Betong 2009 adalah amat menarik memandangkan ianya mempromosi produk Ikan Buntal di negeri ini.

“Kawasan dermaga bagi tujuan penganjuran pesta dan penyediaan tapak parkir yang lebih luas berbanding sebelumnya menjadikan Pesta Ikan Buntal Betong 2008 mendapat sambutan yang amat mengalakkan.

Seorang lagi pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Azad mahu jalan raya yang menghubungi simpang jalan utama Spaoh hingga ke Kampung Mangut diperbaiki secepat mungkin demi memudahkan kedatangan lebih ramai pengunjung di tahun akan datang.

“Ketika saya bersama keluarga datang ke Kampung Mangut dari Kuching, saya mendapati bahawa terdapat hampir sepanjang satu atau dua kilometer jalan raya yang masih belum diturap sepenuhnya di antara persimpangan jalan utama Spaoh hingga ke Kampung Mangut.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya saya ingin memuji pihak kerajaan negeri kerana telah membina kemudahan prasana yang lebih baik bagi tujuan penganjuran Pesta Ikan Buntal Betong berbanding sebelum ini,” katanya.

Majlis perasmian Pesta Ikan Buntal Betong 2009 di Kampung Mangut, Spaoh telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal Belia, Haji Hamden Haji Ahmad pada jam 10 pagi hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment