Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 August, 2009

Kemalangan kerana mengantuk

SRI AMAN, Sabtu (8 Ogos) – Gara-gara mengantuk, seorang anggota kumpulan kugiran Sarawak Dayak Union Association (SDNU) Sri Aman telah mengalami kemalangan kecil menerusi kejadian yang berlaku di kawasan Jelukong, Engkilili, Sri Aman pada jam 9 pagi hari ini.

Menurut sumber kepercayaan bermula apabila anggota kumpulan SDNU Sri Aman ini sedang dalam perjalanan menuju ke Lubok Antu setelah diundang bersama anggotanya yang lain untuk mempersembahkan hiburan pada sebuah majlis rasmi di situ hari ini.

“Mangsa dan rakan anggotanya yang lain sebenarnya telah diundang ke sebuah majlis rasmi di Semada dalam kawasan Balai Ringin, Serian pada malam tadi untuk bermain muzik di sana.

“Mereka kemudiannya pulang dari situ pada lewat malam tadi. Faktor letih dan mengantuk dipercayai menyebabkan mangsa yang memandu kereta Wiranya secara sendirian ketika menuju ke Lubok Antu pagi terbabas ke kawasan longkang yang terletak berhampiran dengan Jelukong, Engkilili,” kata sumber.

Bagaimanapun mangsa dianggap bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan sebaik sahaja berlaku kemalangan walaupun kenderaan Wiranya terjunam ke dalam longkang tersebut.

Mangsa yang menyedari kenderaan Wiranya hanya mengalami sedikit kerosakan kecil menerusi kejadian kemalangan itu kemudiannya bertindak menumpang kenderaan rakannya yang lain untuk menghadiri majlis tersebut.

“Mangsa cukup bertuah pada hari ini. Justeru Reverend Father Bolly Lapok telah pun mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mangsa ketika berlangsungnya majlis rasmi tersebut.

“Pengajarannya di sini kita tidak boleh merisikokan nyawa kita ketika memandu lebih-lebih lagi ketika berada dalam keadaan letih serta mengantuk,” kata sumber sambil menambah bahawa rehat adalah langkah paling baik apabila mengantuk ketika memandu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment