Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 August, 2009

BSMM jayakan kem perkhemahan perdana SMK Teknik Betong


Caption: UNTUK ALBUM...Para anggota BSMM cabang Sri Aman bergambar kenangan bersama para peserta Kem Perkhemahan Perdana 2009 Sekolah Menengah Teknik Betong di sini baru-baru ini.

BETONG, Selasa (11 Ogos) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman telah diberi penghormatan untuk menjayakan aktiviti Kem Perkhemahan Perdana 2009 Sekolah Menengah Teknik Betong anjuran Kelab Rakan Muda Sekolah berkenaan bermula dari 6 hingga 8 Julai lalu.

BSMM cabang Sri Aman menerusi aktiviti terbabit telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai latar belakang BSMM, kesedaran wabak Infleunza A atau H1N1 dan pengetahuan mengenai langkah bantuan kecemasan kepada para peserta perkhemahan tersebut.

“Ceramah mengenai sejarah dan latar belakang penubuhan BSMM telah dikendalikan oleh Isaac Stalin manakala ceramah kesedaran mengenai wabak H1N1 pula dikendalikan oleh Johnek Henry.

“Ceramah mengenai bantuan kecemasan kepada para peserta perkhemahan itu pula dikendalikan oleh Setiausaha BSMM cabang Sri Aman iaitu Charles Tay bersama Mas Mashore Haji Maslem, Davis Minan dan Tan Eung Khoon,” menurut jurucakap BSMM cabang Sri Aman ketika ditemui pada majlis itu.

Menurut beliau tujuan utama ceramah ini adalah untuk mendidik semua peserta mengenai pengetahuan asas bantuan kecemasan dan penjagaan diri terutama sekali ketika meningkatnya kadar jangkitan wabak penyakit Infleunza A pada masa sekarang.

Justeru pihaknya berharap agar para peserta Kem Perkhemahan Perdana 2009 Sekolah Menengah Teknik Betong dapat memanfaatkan segala pengetahuan yang mereka perolehi menerusi ceramah berkenaan.

“Aktiviti perkhemahan ini juga secara tidak langsung dapat menarik penyertaan lebih ramai penduduk dalam BSMM cabang Sri Aman di masa akan datang.

“Kita mahu BSMM cabang Sri Aman muncul sebagai sebuah pertubuhan yang dapat melaksanakan lebih banyak aktiviti kebajikan terhadap penduduk di kawasan ini menerusi pertambahan jumlah anggota dari masa ke semasa,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment