SRI AMAN, Selasa (15 Mac) – Seorang remaja dilaporkan terbunuh sekitar jam 2.30 pagi hari ini apabila motorsikal yang ditunggang oleh mangsa melanggar stesen bas di persimpangan Jalan Bayu Sri Aman.
Sumber dari tempat kejadian memberitahu mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah pusat Bandar Sri Aman menuju ke arah Temudok dengan menunggang motorsikal ketika hujan lebat sedang turun.
Ketika menghampiri simpang jalan masuk menuju ke kawasan perumahan Bayu, motorsikal yang ditunggang oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kanan jalan raya.
Mangsa kata sumber dipercayai terus merempuh stesen bas yang terletak pada sebelah kanan laluan kanan jalan raya berkenaan sebelum terhumban ke dalam longkang besar di situ.
Rempuhan ini kata sumber dipercayai menyebabkan mangsa mati serta-merta di tempat kejadian sebelum orang ramai dan pihak ambulans datang bagi membantu mangsa di dalam longkang tersebut.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan bedah siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian kemalangan berkenaan.
Tamat.
No comments:
Post a Comment