TERIMA KASIH KERAJAAN!!! Seramai 111 orang penduduk dari kawasan Lubok Antu menerima cek pampasan tanah yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM714,000 baru-baru ini. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Lubok Antu menyaksikan sejumlah RM17,000 wang pampasan dibayar kepada penduduk yang terlibat dalam projek naik taraf Jalan Lubok Antu / Nanga Bunu, RM500,000 untuk Jalan Lubok Antu / Lemanak / Engkari, RM55,000 untuk Jalan Bukong / Danau dan RM140,000 untuk Jalan Kumpang Pauh / Nanga Aop / Kumpang Langgir. Kesemua cek pampasan ini disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh. Hadir sama ialah Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat dan Penguasa Jabatan dan Survei Sri Aman, Majuan Jeraie. - 13 Mac
No comments:
Post a Comment