Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 March, 2011

Lebih 5,000 penduduk saksikan Karnival Mesra 1 Belia Engkilili




Caption:

1. BERSEMANGAT...Hujan tidak menghalang penduduk kawasan Engkilili yang hadir bagi menyaksikan karnival mesra belia di SK Kem Skrang bermula 12 hingga 13 Mac lepas.

2. MARI IKUT...Jurutunjuk bagi acara Senam Kenyalang sedang menunjukkan langkah senam yang betul ketika berlangsungnya karnival tersebut.


ENGKLILI, Selasa (15 Mac) – Sambutan Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak bagi peringkat DUN Engkilili yang berlangsung di SK Kem Skrang dianggap amat meriah apabila dianggar tidak kurang dari 5,000 orang penduduk hadir bagi menyaksikan program itu bermula pada 12 hingga 13 Mac lepas.

Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak yang berlangsung di padang sekolah berkenaan dari jam 6.30 pagi hingga 11 malam menyaksikan kedatangan penduduk dari kawasan Engklili, Lubok Antu dan Betong.

Mereka hadir bagi menyaksikan Pertandingan Karaoke Karaoke, Poco – Poco, Senam Kenyalang, Persembahan Konsert oleh artis dari Semenanjung Malaysia seperti Rahmat Mega, Zarina AF, Stanley AF, Man Kidal dan penyanyi Iban Sarawak iaitu Linda Simai.

Malahan penduduk yang hadir juga berpeluang untuk berkunjung ke pameran agensi kerajaan dan juga gerai jualan beraneka dalam kawasan padang berkenaan bersempena program itu.

Seorang penduduk iaitu Uching anak Melina 50, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) memandangkan program tersebut mampu memberi faedah kepada golongan belia di kawasan Engkilili.

“Penduduk terutama sekali golongan belia juga berpeluang untuk bertemu dengan wakil rakyat mereka secara lebih dekat disamping mengetahui fungsi setiap jabatan yang mengambil bahagian dalam pameran itu,” katanya.

Sementara itu Robert Elli, 30, pula berharap agar Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak ini dapat diadakan semula pada tahun hadapan bagi melibatkan kehadiran lebih ramai belia berlainan kaum pada program itu.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong anak Ngipa telah menyempurnakan majlis perasmian Karnival Mesra 1 Belia 1 Sarawak sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Hadir sama ialah wakil Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman, Osman Rosli, Pegawai JASA Engkilili, Edwin anak Anceh, Penghulu Rangkong anak Upok, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment