Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2011

PIBG main peranan tingkat akademik anak-anak kata Rayong


Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (tengah kiri) bersama James (empat kanan) sebaik ketika merasmikan sukan darat di SK Empelam, Engkilili.

ENGKILILI, Selasa (8 Mac) – Kecemerlangan akademik anak-anak boleh dipacu sekiranya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang lebih proaktif bagi tujuan terbabit selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap merasmikan Sukan Darat Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Empelam, Engkilili kelmarin.

“PIBG juga berperanan penting dalam membantu mewujudkan sekolah cemerlang sekaligus melahirkan generasi pelajar berkualtiti yang bakal mewarisi kepimpinan negara kelak.

“Saya yakin bahawa hubungan kerjasama yang erat antara ibubapa dan guru dalam PIBG akan dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan fungsi sekolah terhadap pembelajaran anak-anak selepas ini,” katanya.

Selain itu PIBG tambah Rayong juga perlu memastikan bahawa segala kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan untuk sekolah terbabit dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dari masa ke semasa.

Kerajaan kata beliau telah membelanjakan jutaan ringgit bagi membina kemudahan pendidikan terbabit di semua sekolah-sekolah dalam negeri ini termasuk di kawasan Engkilili.

“Justeru diharap agar ibubapa pelajar dan guru tidak mensia-siakan segala kemudahan pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk mereka selepas ini demi hala tuju pendidikan negara pada masa hadapan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Supertenden Polis (DSP) James Johnanthan, Ketua Cawangan Khas, Chief Inspektor Robert, wakil ketua jabatan dan ketua kaum dari sekitar kawasan Engkilili hadir sama pada majlis berkenaan.

Tamat….

No comments:

Post a Comment