Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 March, 2011

RM22,500 untuk penduduk Rumah Anek, Bayai Undop bina tapak baru rumah panjang


Caption: DARI BN...Harden (kanan) menyampaikan cek kepada Tr Anek (kiri) sambil disaksikan oleh Masir (berdiri empat kanan) dan Rahimah (berdiri tiga kiri) ketika berlangsung majlis itu.

SRI AMAN, Selasa – (29 Mac) Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan kebajikan hidup rakyat demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Katanya ia terbukti apabila kerajaan sentiasa melaksana pelbagai projek pembangunan untuk rakyat disamping menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat sama ada berbentuk material atau pun kewangan dari masa ke semasa.

“Contohnya kerajaan BN telah menyampaikan bantuan kewangan bernilai RM22,500 kepada Rumah Anek anak Tawi, Bayai, Undop untuk membolehkan mereka membina tapak rumah panjang baru selepas ini.

“Bantuan kewangan seperti ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan taraf hidup rakyat hasil usaha kerajaan BN,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tamat majlis penyerahan cek berkenaan kepada Tr Anek di Bayai, Undop, Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu Harden selaku penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang mahu rakyat sedar bahawa hanya kerajaan BN yang boleh membantu menyelesaikan masalah kebajikan hidup mereka dari masa ke semasa.

Rakyat katanya tidak harus bergantung harap kepada golongan pembangkang untuk menaiktaraf hidup mereka kerana pihak berkenaan hanya tahu mengelirukan pemikiran rakyat disamping meluahkan janji kosong demi kepentingan politik mereka.

Terdahulu seramai 49 orang penghuni Rumah Anek anak Tawi, Bayai Undop, tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang mereka musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 9 Februari lepas.

Cek sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman ini telah disampaikan oleh Harden kepada Tr Anek sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Rahimah Wan Hashim dan para ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment