Caption: BERJAYA...Anggota JPAM Betong bergambar kenangan setelah berjaya menangkap buaya terbabit di Sungai Ban, Betong.
BETONG, Selasa (22 Mac) – Seekor buaya dengan ukuran panjang melebihi 10 kaki telah berjaya ditewaskan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Betong di Sungai Ban, Betong pada lewat malam tadi.
Pegawai JPAM Betong, PPA.TK Samasuddin bin Kambade ketika ditemui memberitahu pihaknya bertindak menangkap buaya berkenaan setelah menerima panggilan daripada Tuai Rumah Nicholas Ringkai, Semumok Baroh, Betong.
“Kami menerima panggilan daripada Tr Nicholas pada 8.30 pagi kelmarin tentang seekor buaya yang cuba mengancam ketenteraman anak buahnya disamping cuba menganggu ternakan ayam dan itik berdekatan kawasan Sungai Ban.
“Pihak kita terus bergegas ke kawasan sungai tersebut namun buaya berkenaan telah masuk semula ke dalam sungai mengikut kejadian air pasang surut di sungai terbabit,” katanya.
Bagaimanapun Samasuddin bertindak mengetahui sejumlah tujuh orang anggota JPAM Betong yang lain setelah menerima panggilan daripada penduduk berhubung kemunculan semula buaya berkenaan pada jam 8.30 malam.
Buaya berkenaan akhirnya tumpas ditangan anggota JPAM Betong setelah berjaya ditangkap dengan menggunakan tali, guni dan buluh pada jam 10.30 malam di Sungai Ban berkenaan.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.50 malam. Buaya tersebut kemudiannya dibawa ke pejabat JPAM Betong sebelum ia bakal diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Sarawak kelak,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment