Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 March, 2011

Lelitak ada peminat untuk dimakan



Caption: MINAT...Seorang penduduk sedang membeli Lelitak yang dijual di Pasar Tamu Sri Aman.


SRI AMAN, Selasa (8 Mac) – Sebut sahaja Lelitak, sememangnya tidak ramai masyarakat moden yang cukup mengenali haiwan berkenaan melainkan mereka yang sering mengerjakan sawah padi dalam negeri ini.

Ini kerana Lelitak merupakan sejenis haiwan eksotik menyerupai siput tanpa cengkerang yang boleh dijumpai dalam kawasan tapak sawah ketika berlangsungnya musim menuai padi.

Haiwan yang tinggal di sebalik tanah berlumpur ini hidup dengan memakan umbut padi ketika berlangsung musim menuai dan akan hilang sebaik sahaja tapak sawah dipancit oleh petani dengan racun rumput selepas itu.

Bagaimanapun populariti Lelitak bukanlah disebabkan oleh keunikan habitat haiwan berkenaan namun disebabkan oleh kerana keenakan dagingnya jika dimasak dengan betul oleh pengemarnya.

“Keenakan daging Lelitak boleh disamakan dengan lintan atau pedal ayam kenyal. Ia boleh dimasak kicap, dicampur dengan upak Selalik, dimasak dengan keladi dan banyak lagi cara yang lain,” menurut seorang penjual Lelitak ketika tinjauan rambang Utusan Sarawak di Pasar Tamu Sri Aman hari ini.

Menurut beliau, Lelitak terbabit dijual dalam bentuk hidup dengan nilai harga RM4 semangkuk kepada mana-mana pengemar daging haiwan eksotik berkenaan dari kawasan Sri Aman.

Katanya satu besen Lelitak boleh habis dijual dalam tempoh sehari sekiranya penduduk luar bandar membanjiri kawasan Pasar Tamu Sri Aman untuk memberi lauk-pauk di situ pada hari cuti umum.

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa orang muda pada masa akan sekarang akan berasa geli bila melihat Lelitak. Namun jika ia dimasak dengan betul saya yakin orang muda juga akan meminati masakan haiwan eksotik terbabit selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment