SRI AMAN, Khamis (14 Okt) – Seorang wanita yang menyewa di sebuah bangunan berdekatan sebuah restoran dalam bandar ini melahirkan rasa marah apabila tong gas yang digunakan bagi tujuan memasak dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab malam tadi.
Beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa kehilangan tong gasnya disedari apabila mahu memasak air untuk tujuan sarapan malam sebelum berlakunya kejadian berkenaan.
“Ini merupakan kali ke-3 tong gas saya dicuri. Saya menuntut agar individu berkenaan agar tidak datang lagi ke bangunan bilik sewa kami mulai sekarang jika tidak mahu terkena tindakan keras daripada penghuni di sini.
“Saya harap agar siaran berita ini menjadi amaran untuk individu yang gemar mencuri barangan orang di bangunan bilik sewa mulai sekarang. Sedarilah bahawa saya menanggung kos yang banyak disebabkan oleh kehilangan tong gas berkenaan,” katanya.
Sementara itu seorang lelaki kurang siuman telah bertindak mencuri kepala paip air di belakang sebuah bangunan restoran dalam bandar ini sekitar waktu lewat tengah malam tadi.
Tindakan lelaki siuman ini menyebabkan berlakunya adegan ‘kejar-mengejar’ selama lima minit di antara pemilik restoran dan lelaki kurang siuman tersebut setelah tindakannya dilihat oleh pekerja restoran berkenaan.
Bagaimanapun pemilik restoran terbabit tidak melakukan sebarang tindakan terhadap lelaki kurang siuman berkenaan setelah dia berjaya ditangkap di sekitar kawasan stesen bas dalam bandar ini.
“Saya tidak pasti untuk apa tujuannya mencuri kepala paip air di sini. Namun ini bukan kali pertama lelaki terbabit berbuat demikian kerana pada tahun lepas juga dia telah ditangkap mencuri pili paip air di sini,” katanya.
Tamat.
No comments:
Post a Comment