Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 October, 2010

Tanah seluas 75 hektar di Plasok, Skrang ditanam dengan getah




Caption: REHAT SEBENTAR...Nyalau (dua kiri) dan Rayong (kanan beliau) sedang bersama kakitangan Jabatan Pertanian serta penduduk Rumah Mani untuk menikmati jamuan minum pagi pada majlis berkenaan.


ENGKILILI, Jumaat (1 Okt) – Seluas 75 hektar tanah di kawasan Plasok, Skrang dalam kawasan daerah kecil Engkilili, Sri Aman bakal dibangunkan dengan projek penanaman getah oleh Jabatan Pertanian Sarawak dalam masa terdekat kelak.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata projek penanaman getah ini akan membabitkan sebanyak 34 buah keluarga daripada Rumah Mani Panau, Plasok Skrang, Engkilili dengan kos peruntukan sebanyak RM350,600.

“Projek penanaman getah seluas 75 hektar ini akan membuka laluan buat penduduk di kawasan Engkilili bagi mempertingkatkan taraf hidup ekonomi masing-masing sebaik sahaja ia dilaksanakan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis ‘Ngelasi Tanah / Nasih Tanah’ Untuk Projek Penanaman Getah bertempat di kawasan Rumah Mani Panau, Plasok Skrang, Engkilili, Sri Aman kelmarin.

Selain itu Nyalau ketika berucap pada majlis terbabit mahu penduduk luar bandar khasnya dari kawasan luar bandar untuk lebih aktif membabitkan diri dalam aktiviti pertanian penanaman getah atau kelapa sawit selepas ini.

Ini kerana kedua-dua komidit berkenaan menurut beliau berada pada dalam pasaran yang stabil dan mendapat permintaan yang tinggi dari beberapa buah negara dunia seperti China dan India.

“Lagipun adalah lebih mudah untuk penduduk luar bandar bagi menguruskan ladang getah dan kepala sawit masing-masing berbanding dengan lain-lain tanaman komersial di negeri ini.

“Justeru saya mengalakkan penduduk rumah panjang untuk memohon projek mini kebun getah daripada pihak Jabatan Pertanian sekiranya berminat pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama bagi menyaksikan Majlis ‘Ngelasi Tanah / Nasih Tanah’ Untuk Projek Penanaman Getah bertempat di kawasan Rumah Mani Panau ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong anak Ngipa.

Tamat.

No comments:

Post a Comment